1513

 
Rencana ini adalah berkenaan dengan tahun 1513. Bagi kegunaan lain, sila lihat 1513 (nombor).


Milenium: milenium ke-2
Abad:
  • abad ke-15
  • abad ke-16
  • abad ke-17
Dekad:
  • 1490-an
  • 1500-an
  • 1510-an
  • 1520-an
  • 1530-an
Tahun:
  • 1510
  • 1511
  • 1512
  • 1513
  • 1514
  • 1515
  • 1516

1513 merupakan tahun biasa yang bermula pada hari Sabtu dalam kalendar Gregory.


Peristiwa

Januari - Jun

  • 20 Januari - Christian II menjadi raja Denmark dan Norway.
  • 9 Mac - Paus Leo X mewarisi Paus Julius II sebagai paus ke-217.
  • 27 Mac - Juan Ponce de Leon menjadi orang Eropah yang pertama yang benar-benar diketahui melihat apa yang kini merupakan wilayah Amerika Syarikat (lebih tepat lagi, Florida), dan tersilap menyangkanya sebagai sebuah pulau yang lain.
  • 2 April - Juan Ponce de Leon dan pasukan ekspedisinya menjadi orang Eropah yang pertama yang diketahui melawat Florida. Mereka mendarat di pantai timur.
  • Mei - Jorge Álvares, penjelajah Portugal, mendarat di Pulau Lintin yang terletak di muara Sungai Pearl. Ini disusuli oleh sepupu Christopher Columbus, Rafael Perestrello dari Itali, yang mengetuai satu ekspedisi dari Melaka Portugis ke pantai tanah besar China selatan untuk berdagang dengan pedagang Cina di Guangzhou pada tahun 1516.
  • 6 Jun - Perang Itali - Pertempuran Novara: Tentera Switzerland menewaskan tentera Perancis di bawah Louis de la Tremoille, dan memaksa Perancis meninggalkan Milan. Duke Massimiliano Sforza dipulihkan.

Julai - Disember

  • 16 Ogos - Pertempuran Pacu (atau Pertempuran of Guinegate): Tentera Inggeris di bawah Henry VIII menewaskan tentera Perancis di bawah Marsyal La Palice.
  • 22 Ogos - Thérouanne ditawan oleh Henry VIII dari England.
  • September - Pertikaian antara Johann Reuchlin dengan Johannes Pfefferkorn tentang kitab Talmud dan kitab-kitab Yahudi yang lain, dirujuk kepada Paus Leo X.
  • 9 September - Pertempuran Flodden Field: Raja James IV dari Scotland ditewaskan dan dibunuh oleh tentera Inggeris di bawah Thomas Howard, Earl Surrey. Anak lelaki James, Duke Rothesay, menjadi James V, Raja Orang Scotland.
  • 25 September - Vasco Núñez de Balboa, "sunyi di atas puncak gunung yang terletak di Darién", melihat buat pertama kali apa yang kemudian dikenali sebagai Lautan Pasifik.
  • 7 Oktober - Pertempuran La Motta: Tentera Sepanyol di bawah Ramon de Cardona menewaskan tentera Venetia.
  • Disember - Louis XII berdamai dengan Paus dan Sepanyol.

Tarikh tidak diketahui

Kelahiran

Kematian

  • Januari - Hans Folz, penulis (lahir kk. 1437)
  • 20 Februari - Raja John dari Denmark, Norway, dan Sweden (lahir 1455)
  • 21 Februari - Paus Julius II (lahir 1443)
  • 10 Mac - John de Vere, Earl Ke-13 Oxford, jeneral Inggeris (lahir 1443)
  • 30 April - Edmund de la Pole, Duke Ke-3 Suffolk (lahir 1471)
  • 13 Jun - Piero Soderini, negarawan Florentine (lahir 1450)
  • 9 September - Raja James IV dari Scotland, Archibald Campbell, Earl Ke-2 Argyll, Alexander Stewart (Ketua Biskop St Andrews), kesemuanya dalam Pertempuran Flodden Field (lahir 1473)
  • Hua Sui, pereka dan pencetak Cina (lahir 1439)
  • 27 Oktober - George Manners, Baron Ke-12 de Ros, orang bangsawan Inggeris
  • Tarikh tidak diketahui
    • Robert Fabyan, pembabad Inggeris