390 SM

Milenium: milenium pertama SM
Abad:
  • abad ke-5 SM
  • abad ke-4 SM
  • abad ke-3 SM
Dekad:
  • 41-an SM
  • 40-an SM
  • 39-an SM
  • 38-an SM
  • 37-an SM
Tahun:
  • 393 SM
  • 392 SM
  • 391 SM
  • 390 SM
  • 389 SM
  • 388 SM
  • 387 SM


Peristiwa

Mengikut tempat

Republik Rom

  • 18 Julai - Brennus, ketua puak Senon dari pantai Laut Adriatik di Itali, mengetuai seangkatan tentera Gaul Cisalpine untuk menyerang Rom dalam Pertempuran Allia. Mereka menawan seluruh kota Rom kecuali Bukit Capitoline yang dapat dipertahankan oleh Rom. Bagaimanapun, apabila Rom melihat kotanya dimusnahkan, mereka cuba membeli keselamatan mereka daripada Brennus. Rom bertuju membayar emas sebanyak seribu paun beratnya.
  • Semasa Brennus sedang berdebat tentang berat emas dengan orang-orang Rom, Marcus Furius Camillus, diktator yang dibuang negeri, muncul dengan seangkatan tentera dan enggan membenarkan Brennus mengambil emas itu. Dalam pertempuran permulaan di jalan-jalan raya Rom, tentera Gaul diusir daripada kota itu dan dalam pertempuran kedua di luar kawasan kota, Camillus menewaskan penyerang-penyerang tersebut. Oleh itu, beliau dianugerahkan dengan gelaran 'Pengasas Kedua Rom' kerana menyelamatkan kota itu.

Mesir

  • Hakor (Akoris), firaun Mesir, membuat perikatan tiga pihak dengan Evagoras, raja Cyprus, dan Athens.

Mengikut topik

Seni bina

  • Candi Aesculapius dibina di Epidaurus.

Births

  • Lelaki Tollund (tarikh anggaran berdasarkan umur 40 tahun semasa kematiannya)

Kematian

  • Andocides, pemidato dan ahli politik Athens (lahir 440 SM)