394 SM

Milenium: milenium pertama SM
Abad:
  • abad ke-5 SM
  • abad ke-4 SM
  • abad ke-3 SM
Dekad:
  • 41-an SM
  • 40-an SM
  • 39-an SM
  • 38-an SM
  • 37-an SM
Tahun:
  • 397 SM
  • 396 SM
  • 395 SM
  • 394 SM
  • 393 SM
  • 392 SM
  • 391 SM


Peristiwa

Mengikut tempat

Yunani

  • Athens, Thebes, Corinth, dan Argos yang bersekutu mengumpulkan sebuah angkatan tentera yang besar di Corinth. Sebuah angkatan tentera yang besar juga diturunkan oleh Sparta untuk menempur dengan angkatan tentera bersekutu tersebut. Kedua-dua belah bertemu di dasar kering Sungai Nemea di dalam wilayah Corinth, dan dalam Pertempuran Nemea ini, tentera Sparta mencapai satu kejayaan yang utama terhadap angkatan tentera bersekutu.
  • Conon, jeneral Athens, Pharnabazus, satrap (gabenor) Parsi, dan Evagoras, raja Salamis, mencapai satu kemenangan tentera laut yang amat besar terhadap tentera Sparta di bawah Peisander dalam Pertempuran Cnidus (dekat Rhodes). Selepas kemenangan ini, Conon dan Pharnabazus belayar di sepanjang pantai Ionia dan mengusir gabenor-gabenor dan garison-garison Sparta dari kota-kota mereka, walaupun mereka gagal menawan pangkalan-pangkalan Sparta di Abydos dan Sestos. Dengan percubaan Sparta untuk membina sebuah empayar kini digagalkan, Parsi menguasai Laut Aegea.
  • Kedua-dua angkatan tentera bertemu sekali lagi di Coronea di dalam wilayah Thebes dalam Pertempuran Coronea. Sekali lagi, tentera Sparta di bawah Raja Agesilaus II menang dalam pertempuran. Selepas kejayaan ini, Agesilaus dan askar-askarnya pulang ke Sparta merentasi Teluk Corinth.

Kelahiran

Kematian