425 SM

Milenium: milenium pertama SM
Abad:
  • abad ke-6 SM
  • abad ke-5 SM
  • abad ke-4 SM
Dekad:
  • 44-an SM
  • 43-an SM
  • 42-an SM
  • 41-an SM
  • 40-an SM
Tahun:
  • 428 SM
  • 427 SM
  • 426 SM
  • 425 SM
  • 424 SM
  • 423 SM
  • 422 SM


Peristiwa

Mengikut tempat

Yunani

  • Demosthenes menawan dan mengubui pelabuhan Pylos di Peloponnesus, dan memberikan Athens sebuah pangkalan yang kukuh berhampiran dengan Sparta. Pada waktu yang sama, seangkatan tentera Sparta di bawah kuasa pemerintahan Brasidas mendarat di pulau Sphacteria yang berhampiran, tetapi ditangkis oleh tentera Athens. Searmada kapal Athens diarahkan oleh Demosthenes untuk menahan angkatan tentera laut Sparta di Teluk Navarino.
  • Cleon menyertai Demosthenes dalam serangan tentera Athens ke atas Sphacteria. Pertempuran Pylos itu memberikan kemenangan kepada Athens, dan menyebabkan penyerahan kalah oleh banyak daripada askar-askar Sparta. Pylos tetap di tangan Athens, dan dipergunakan sebagai pangkalan untuk serangan-serangan ke atas wilayah Sparta serta sebagai tempat perlindungan untuk hamba-hamba Sparta yang melarikan diri.
  • Selepas kegagalan perundingan-perundingan perdamaian antara Athens dan Sparta, sebilangan askar Sparta yang terdampar di pulau Sphacteria selepas Pertempuran Pylos diserang oleh angkatan tentera Athens di bawah Cleon dan Demosthenes. Pertempuran Sphacteria yang menyusul memberikan kemenangan kepada tentera Athens terhadap tentera Sparta. Sparta merayu meminta perdamaian tetapi Cleon, ketua Athens, memujuk Athens supaya menolak rayuan itu.

Empayar Parsi

  • Artaxerxes I, raja Achaemenid di Parsi, diwarisi oleh puteranya, Xerxes II.

China

  • flagPortal China
  • Zhou Wei Lie Wang menjadi raja Dinasti Zhou di China.

Mengikut topik

Seni bina

  • Kallikrates memulakan pembinaan Candi Athena Nike di Akropolis, Athens. Antar tahun 410 dan 407 SM, candi ini dipagari oleh tembok rendah (tarikh anggaran).

Drama

  • Drama Hecuba oleh Euripides dipersembahkan.
  • Drama Si Anak-anak Acharnae (The Acharnians) oleh Aristophanes dipersembahkan. Diterbitkan oleh Callistratus, drama itu memenangi hadiah pertama untuk Aristophanes di Lenaea.

Kelahiran

Kematian

  • Artaxerxes I, raja Parsi.
  • Herodotus dari Halicarnassos, ahli sejarah Yunani Dorian (lahir 484 SM)