Adam Ahmad

Adam Ahmad
Kulit album Adam Ahmad
Kelahiran1964 (1964)
Johor Bahru, Johor
Meninggal dunia15 Mei 2014(2014-05-15) (umur 49–50)
Ampang, Selangor
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Pusara Permai
Warganegara Malaysia
Pekerjaanpenulis lagu, penyanyi
Terkenal keranaMenyanyi 1980-an - 1990-an
Kampung asalJohor Bahru
PasanganNorliza Ayat

Adam Ahmad merupakan seorang penyanyi dan penggubah lagu yang berasal dari Malaysia. Beliau amat meminati bidang nyanyian sejak dari kecil lagi. Beliau juga mempunyai kebolehan dalam bermain alat muzik seperti gitar dan piano. Beliau juga merupakan seorang yang pendiam dan menyukai lagu-lagu yang berirama sentimental. Beliau juga pernah mencipta beberapa lagu untuk penyanyi syarikat rakaman Polygram Records. Antara lagu ciptaan beliau ialah ‘Janji Manismu’ nyanyian aishah.[1]

Lebih kurang jam 12 tengah malam 15 Mei 2014, Adam Ahmad menghembuskan nafas terakhir di Hospital Ampang kerana komplikasi beberapa penyakit.[2]

Kelahiran Album Pertama: Untukmu Sayang

Pada tahun 1983, albumnya yang pertama yang bertajuk "Untukmu Sayang" dikeluarkan di bawah label Omry Records. Syarikat ini juga merupakan syarikat rakaman milikan bumiputera di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Album ini diterbitkan oleh Omar Taib, seorang penerbit yang telah memberikan tunjuk ajar serta nasihat kepada beliau sepanjang rakaman album ini.

Diskografi

Album Studio

  • Untukmu Sayang (1983) (edaran semula oleh Music Valley, 1985)
  • Kau Pergi Jua (1984)
  • Agar Dia Kembali (1985)
  • Rindu Menghempas Hati (1987)

Album Pelbagai

Lagu-lagu

  • Kau Pergi Jua
  • Agar Dia Kembali
  • Ku Ingin Kembali
  • Bahagia Oh Di Mana
  • Hanya Mainan Mimpi
  • Biarlah Ku Sendiri
  • Di Mana Cahaya
  • Kehilangan Abadi
  • Gerimis Hati
  • Kasihmu Oh Ibu
  • Masa Masa Lalu
  • Kisah Dua Insan
  • Untukmu Sayang
  • Bersamamu
  • Rindu Menghempas Hati

Kejayaan

  • Lagu Janji Manismu bernuansa balada gubahan Adam Ahmad menang dalam Juara Lagu ke-5.
  • Lagu Teratai Layu Di Tasik Madu nyanyian Fauziah Latiff memenangi Anugerah Juara Lagu ke 8 pada 1993

Pautan luar

  • Lirik lagu Kau Pergi Jua

Rujukan

  1. ^ http://bluesriders.blogspot.com/2012/05/adam-ahmad.html
  2. ^ Jenazah Adam Ahmad selamat dikebumikan
  • l
  • b
  • s
Adam Ahmad
Album Studio
Untukmu Sayang (1983)  · Kau Pergi Jua (1984)  · Agar Dia Kembali (1985)  · Rindu Menghempas Hati (1987)
Album Kompilasi