Ahmad Zulqarnain Onn


احمد ذلكرناين عونcode: ms is deprecated
Ketua Pegawai Eksekutif
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
Penjawat kini
Memegang jawatan
19 Februari 2024Raja Johor Sultan IbrahimPerdana MenteriAnwar IbrahimPengerusiAhmad Badri Mohd ZahirDidahului olehAmir Hamzah AzizanPresiden dan Ketua Eksekutif
Permodalan Nasional BerhadDalam jawatan
1 Julai 2020 – 16 Februari 2024Raja Johor Sultan Ibrahim
Pahang Al-Sultan AbdullahPerdana MenteriAnwar IbrahimPengerusiRaja Tun UdaDidahului olehAbdul Jalil Abdul Rasheed Butiran peribadiLahirAhmad Zulqarnain bin Che Onn
1972 (umur 51–52)
Petaling Jaya, MalaysiaAlma materUniversiti Harvard (Sarjana Muda Ekonomi)PekerjaanAhli korporat

Ahmad Zulqarnain Onn (lahir 1972) merupakan ahli korporat yang berpengalaman luas dan telah memegang beberapa jawatan penting dalam institusi seperti Danajamin Nasional Berhad (telah bergabung dengan Bank Pembangunan Malaysia)[1] sebagai Ketua Pegawai Eksekutif, dan Khazanah Nasional Berhad sebagai Timbalan Pengarah Urusan, Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Permodalan Nasional Berhad sebelum dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja berkuatkuasa 19 Februari 2024.[2]

Kehidupan awal

Beliau dilahirkan di Petaling Jaya dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Bintang, dan melanjutkan pendidikan di Kolej Melayu Kuala Kangsar, Perak. Beliau kemudian melanjutkan pengajian dan meraih Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dari Universiti Harvard.

Kerjaya

Selepas menamatkan pengajiannya, Ahmad Zulqarnain Onn memulakan kerjaya di SBC Warburg (kini UBS) dari 1996 hingga 1998. Beliau kemudian menyertai Pengurusan Danaharta Nasional Berhad pada tahun 1999, sebelum berpindah ke CIMB pada tahun 2000. Dari tahun 2001 hingga 2008, beliau berada di Symphony Life (sebelumnya dikenali sebagai Bolton Berhad). Beliau memegang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Danajamin Nasional Berhad dari Mei 2009 hingga April 2014[3].

Pada Mei 2014, beliau menyertai Khazanah Nasional Berhad sebagai Pengarah Eksekutif, Pelaburan yang bertanggungjawab atas pelaburan Khazanah di Indonesia, wilayah ASEAN dan sektor Kumpulan Institusi Kewangan. Beliau juga merupakan Ketua, Unit Pengurusan Strategik di Khazanah dan kemudiannya dilantik sebagai Timbalan Pengarah Urusan pada tahun 2018[4]. Pada Julai 2020, beliau dilantik sebagai Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Permodalan Nasional Berhad[5]. Kini, beliau memegang tanggungjawab sebagai Ketua Pegawai Eksekutif di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.[6]

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ "Bank Pembangunan selesai penggabungan bersama Danajamin". Berita Harian. 2023-03-01. Dicapai pada 2024-02-03.
  2. ^ Ahmad Zulqarnain Onn Dilantik Sebagai Ketua Pegawai Eksekutif KWSP Yang Baharu Laman Web Rasmi KWSP. Dicapai pada 3 Februari 2024.
  3. ^ "Ahmad Zulqarnain diyakini mampu pacu prestasi PNB" (PDF). Berita Harian - Nasional. Dicapai pada 3 Februari 2024.
  4. ^ "Khazanah umumkan pelantikan Lembaga Pengarah dan Barisan Kepimpinan Kanan baharu" (PDF). Khazanah Nasional Berhad. 11 Disember 2017. Dicapai pada 3 Februari 2024.
  5. ^ Ahmad Zulqarnain Onn dilantik Presiden & Ketua Eksekutif Kumpulan PNB Astro Awani. Dicapai pada 3 Februari 2024.
  6. ^ Ahmad Zulqarnain Onn Dilantik Sebagai Ketua Pegawai Eksekutif KWSP Yang Baharu Laman Web Rasmi KWSP. Dicapai pada 3 Februari 2024.