Anjing pemburu putih dan jingga Perancis

Anjing pemburu putih dan jingga Perancis
Nama lainAnjing putih dan jingga Perancis
Negara asalPerancis
Pengelasan dan piawaian
FCI Kumpulan Seksyen {{{fcisection}}} #{{{fcinum}}} (Piawaian)
Anjing (Canis lupus familiaris)

Anjing pemburu putih dan jingga Perancis atau anjing putih dan jingga Perancis[a] ialah satu baka anjing daripada jenis anjing pemburu bau yang berasal dari Perancis. Baka ini digunakan untuk perburuan dalam kawanan dan diturunkan daripada hound lama jenis anjing pemburu besar Saintonge.

Penampilan

Baka ini ialah hound kawanan pemburu besar tipikal Perancis, dengan tubuh langsing dan berotot, tungkai panjang, kepala sedikit berkuah, telinga labuh panjang, dan bibir atas sedikit berbentuk segi empat sama. Saiznya ialah 62–70 sentimeter (24–28 in) pada paras kelasa, lalu menjadikannya lebih kecil sedikit berbanding dengan anjing pemburu putih dan hitam Perancis.

Warna lapis bulunya ialah putih dan jingga, tetapi jingganya tidak patut langsung muncul sebagai warna merah. Kulit anjing ini sewarna dengan bulunya, jingga di bawah bulu jingga dan putih di bawah bulu putih. Kecacatan tersenarai sebagai keabnormalan fizikal atau tingkah laku dan anjing dengan kecacatan sedemikian tidak patut dibiakbakakan.[1][2]

Baka ini terkenal kerana ketekunannya dalam perburuan serta hidung bagus dan suara elok. Tidak seperti anjing kawanan lain, ia ramah dan mudah untuk diuruskan oleh manusia.[1][2]

Kegunaan

Anjing pemburu putih dan jingga Perancis ialah anjing pemburu kawanan, yang bermaksud bahawa kumpulan anjing berburu bersama-sama, sentiasa diarah oleh manusia, dan tidak berlari-lari untuk berburu bersendirian.[3]

Lihat juga

Catatan

  1. ^ Jawi: انجيڠ ڤمبورو ڤوتيه دان جيڠݢ ڤرنچيس; انجيڠ ڤوتيه دان جيڠݢ ڤرنچيسcode: ms is deprecated ; Perancis: chien français blanc et orange; français blanc et orangecode: fr is deprecated ; bahasa Inggeris: French white and orange houndcode: en is deprecated

Rujukan

  1. ^ a b "Standard FCI N° 316 FRANÇAIS BLANC ET ORANGE" [Piawaian FCI No. 316 Anjing Pemburu Putih dan Jingga Perancis] (pdf). Persekutuan Kinologi Antarabangsa (dalam bahasa Perancis). 24 Julai 1996. Dicapai pada 28 Disember 2023.
  2. ^ a b "FCI-Standard N° 316 FRANÇAIS BLANC ET ORANGE (French white and orange Hound)" [Piawaian FCI No. 316 Anjing Pemburu Putih dan Jingga Perancis] (pdf). Persekutuan Kinologi Antarabangsa (dalam bahasa Inggeris). Diterjemahkan oleh Peggy Davis. 18 Jun 1996. Dicapai pada 28 Disember 2023.CS1 maint: others (link)
  3. ^ Club du chien d’ordre[pautan mati kekal] (Perancis)

Pautan luar

  • Cari pautan Projek Direktori Termuka (DMOZ) untuk kelab dan maklumat tentang anjing pemburu putih dan jingga Perancis
  • l
  • b
  • s
Anjing berasal dari Perancis
Anjing pemburu bau
Perancis
Gundog
Anjing pastoral
Lain-lain
Pupus
  • l
  • b
  • s
Anjing pemburu bau
Anjing pemburu penglihatan
Baka pemburu jenis cur
Lain-lain
Pupus