Armada Amerika Syarikat

Armada Amerika Syarikat ialah sebuah organisasi dalam Tentera Laut Amerika Syarikat dari tahun 1922 hingga selepas Perang Dunia II. Akronim CINCUS, disebut "sink us" ("tenggelamkan kami"), telah digunakan untuk jawatan Commander in Chief, United States Fleet ("Panglima Besar Armada Amerika Syarikat"). Akronim ini digantikan oleh COMINCH pada Disember, 1941, dibawah Perintah Eksekutif 8984, apabila ia ditakrifkan semula dan diberi kuasa operasi ke atas Armada Atlantik, Armada Pasifik, dan Armada Asiatik, serta semua pasukan tentera laut pantai.[1] Perintah Eksekutif 9096 meluluskan jawatan CNO (Ketua Operasi Tentera Laut) dan COMINCH akan dipegang oleh seorang pegawai tunggal; Laksamana Ernest J. King adalah orang pertama yang menyandangnya, dan pada Disember 1944 beliau dinaikkan ke pangkat lima bintang Laksamana Armada.[2]

Rujukan

  1. ^ Executive Order 8984  – melalui Wikisource.
  2. ^ Norman Polmar, p.33

Sumber

  • Buell, Thomas. Master of Sea Power: A Biography of Fleet Admiral Ernest J. King. Boston: Little Brown & Co. 1980. ISBN 0-316-11469-3.
  • Furer, Julius. Administration of the Navy Department in World War II. Washington D.C.: U.S. Government Printing Office, 1959.
  • King, Ernest J., and Walter M. Whitehill. Fleet Admiral King: A Naval Record. New York, WW Norton & Co. 1952.
  • Polmar, Norman (2005). The Naval Institute Guide to the Ships and Aircraft of the U.S. Fleet (ed. 18th). Naval Institute Press. ISBN 978-1-591-14685-8.

Pautan luar

  • Notes on U.S. Fleet Organisation and Disposition, 1898–1941
  • Fleet Forces Command