Arnab Amami

Arnab Amami
ارنب امامي
Status pemuliharaan

Terancam  (IUCN 2.3)[1]
Pengelasan saintifik
Alam:
Animalia
Filum:
Chordata
Kelas:
Mammalia
Order:
Lagomorpha
Keluarga:
Leporidae
Genus:
Pentalagus

Lyon, 1904
Nama binomial
Pentalagus furnessi
(Stone, 1900)

Arnab Amami (Tulisan Jawi: ارنب امامي) atau Arnab Ryukyu (Tulisan Jawi: ارنب ريوکيو) (Pentalagus furnessi) merupakan sejenis arnab primitif berbulu gelap yang hanya dijumpai di Amami Ōshima dan Toku-no-Shima, dua pulau kecil di antara Kyūshū selatan dan Okinawa di Wilayah Kagoshima (tetapi lebih dekat dengan Okinawa) di Jepun. Arnab Amami yang diperkatakan sebagai fosil hidup ini merupakan tinggalan arnab purba yang pernah tinggal di tanah besar Asia sehingga kepupusannya.

Arnab Amami mempunyai kaki yang pendek, tubuh yang agak besar, kuku yang besar dan melengkung, dan aktif pada waktu malam. Telinganya juga lebih kecil daripada jenis arnab yang lain. Arnab yang tinggal dalam hutan ini nampaknya melahirkan satu atau dua ekor anak sekali; si ibu menggali lubang dalam tanah untuk melindungi anaknya pada waktu siang. Pada waktu malam, si ibu membuka laluan masuk lubang, sambil berjaga-jaga akan pemangsa (seperti ular berbisa), kemudian menyusui anak-anaknya, selepas itu menutup lubangnya dengan menumbuk tanah dan bahan tumbuhan di atas lubang dengan kaki depannya. Arnab Amami tidur pada waktu siang di tempat yang tersembunyi, seperti gua. Arnab Amami juga terkenal kerana bunyi suaranya yang sekuat suara pika; cuma ada satu lagi daripada 50 spesies arnab yang boleh berbunyi sedemikian.

Arnab Amami semakin terancam bukan sahaja kerana kegiatan pemburuan (yang berakhir apabila arnab ini menerima perlindungan undang-undang daripada kerajaan Jepun pada tahun 1921), bahkan juga pembasmian hutan serta ancaman daripada anjing, kucing dan haiwan lain yang dibawa masuk oleh manusia yang masih berterusan hingga hari ini. Cerpelai yang dilepaskan oleh penduduk pulau untuk membasmi ular berbisa juga telah meragut nyawa banyak arnab Amami. Pembasmian hutan juga membahayakan arnab ini, kerana ia tidur pada waktu siang, dan akibatnya mudah terdedah kepada pemangsa kerana kekurangan tempat berlindung.

Lihat juga

  • List of Special Places of Scenic Beauty, Special Historic Sites and Special Natural Monuments

Rujukan

  1. ^ "Pentalagus furnessi". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 1996. 1996. Unknown parameter |downloaded= ignored (bantuan); Unknown parameter |assessors= ignored (bantuan){{cite iucn}}: error: malformed |id= identifier (help)no identifier Listed as Endangered (EN A2b, B1+2bce, C1 v2.3)

Pautan luar

  • ARKive - images and movies of the Amami rabbit (Pentalagus furnessi) Diarkibkan 2008-10-10 di Wayback Machine
  • l
  • b
  • s
Spesies Lagomorpha yang maujud
Alam Animalia · Filum Chordata · Kelas Mammalia · Infrakelas Eutheria · Superorder Euarchontoglires
Famili Ochotonidae (Pika)
Subgenus Pika: Pika Alp (O. alpina) · Pika Helan Shan (O. argentata) · Pika Berkolar (O. collaris) · Pika Hoffmann (O. hoffmanni) · Pika Utara (O. hyperborea) · Pika Pallas (O. pallasi) · Pika Amerika (O. princeps) · Pika Turuchan (O. turuchanensis)
Subgenus Ochotona: Pika Gansu (O. cansus) · Pika Penara (O. curzoniae) · Pika Dauria (O. dauurica) · Pika Tsing-ling (O. huangensis) · Pika Nubra (O. nubrica) · Pika Steppe (O. pusilla) · Pika Afghan (O. rufescens) · Pika Moupin (O. thibetana) · Pika Thomas (O. thomasi)
Subgenus Conothoa: Pika Merah Cina (O. erythrotis) · Pika Forrest (O. forresti) · Pika Gaoligong (O. gaoligongensis) · Pika Glover (O. gloveri) · Pika Himalaya (O. himalayana) · Pika Ili (O. iliensis) · Pika Koslov (O. koslowi) · Pika Ladak (O. ladacensis) · Pika Bertelinga Besar (O. macrotis) · Pika Muli (O. muliensis) · Pika Hitam (O. nigritia) · Pika Royle (O. roylei) · Pika Merah Turkestan (O. rutila)
Famili Leporidae (Arnab)
Pentalagus
Arnab Amami (P. furnessi)
Arnab Bushman (B. monticularis)
Arnab Belang Sumatera (N. netscheri) · Arnab Belang Annam (N. timminsi)
Arnab Gunung Berapi (R. diazi)
Arnab Kerdil (B. idahoensis)
Sylvilagus
(Arnab ekor kapas)
Subgenus Tapeti: Arnab Paya (S. aquaticus) · Tapeti (S. brasiliensis) · Arnab Ekor Kapas Dice (S. dicei) · Arnab Ekor Kapas Omilteme (S. insonus) · Arnab Rawang (S. palustris) · Arnab Tanah Pamah Venezuela (S. varynaensis)
Subgenus Sylvilagus: Arnab Ekor Kapas Gurun (S. audubonii) · Arnab Ekor Kapas Gunung Manzano (S. cognatus) · Arnab Ekor Kapas Mexico (S. cunicularis) · Arnab Ekor Kapas Timur (S. floridanus) · Arnab Tres Marias (S. graysoni) · Arnab Ekor Kapas Gunung (S. nuttallii) · Arnab Ekor Kapas Appalachian (S. obscurus) · Arnab Pergunungan Davis (S. robustus) · Arnab Ekro Kapas New England (S. transitionalis)
Subgenus Microlagus: Arnab Ekor Kembang (S. bachmani) · Arnab Ekor Kembang San Jose (S. mansuetus)
Arnab Eropah (O. cuniculus)
Arnab Bunyoro (P. marjorita)
Pronolagus
(Arnab batu merah)
Arnab Batu Merah Natal (P. crassicaudatus) · Arnab Batu Merah Jameson (P. randensis) · Arnab Batu Merah Smith (P. rupestris) · Arnab Batu Merah Hewitt (P. saundersiae)
Arnab Assam (C. hispidus)
Lepus
(Kelinci)
Subgenus Macrotolagus: Arnab Jack Antelop (L. alleni)
Subgenus Poecilolagus: Kelinci Kasut Salji (L. americanus)
Subgenus Lepus: Arnab Artik (L. arcticus) · Kelinci Alaska (L. othus) · Kelinci Gunung (L. timidus)
Subgenus Proeulagus: Arnab Jack Berekor Hitam (L. californicus) · Arnab Jack Bertepi Putih (L. callotis) · Kelinci Tanjung (L. capensis) · Arnab Jack Tehuantepec (L. flavigularis) · Arnab Jack Hitam (L. insularis) · Kelinci Belukar (L. saxatilis) · Kelinci Gurun (L. tibetanus) · Kelinci Tolai (L. tolai)
Subgenus Eulagos: Kelinci Castroviejo (L. castroviejoi) · Kelinci Yunnan (L. comus) · Kelinci Korea (L. coreanus) · Kelinci Corsica (L. corsicanus) · Kelinci Eropah (L. europaeus) · Kelinci Granada (L. granatensis) · Kelinci Manchuria (L. mandschuricus) · Kelinci Berbulu (L. oiostolus) · Kelinci Tanah Tinggi Habsyah (L. starcki) · Arnab Jack Berekor Putih (L. townsendii)
Subgenus Sabanalagus: Kelinci Habsyah (L. fagani) · Kelinci Savana Afrika (L. microtis)
Subgenus Indolagus: Kelinci Hainan (L. hainanus) · Kelinci India (L. nigricollis) · Kelinci Burma (L. peguensis)
Subgenus Sinolagus: Kelinci Cina (L. sinensis)
Subgenus Tarimolagus: Kelinci Yarkand (L. yarkandensis)
Subgenus incertae sedis: Kelinci Jepun (L. brachyurus) · Kelinci Abisinia (L. habessinicus)