Buaya tembaga

Buaya Katak
Status pemuliharaan

Risiko rendah
Pengelasan saintifik
Alam:
Haiwan
Filum:
Kordata
Kelas:
Sauropsida
Order:
Crocodilia
Keluarga:
Crocodylidae
Subkeluarga:
Crocodylinae
Genus:
Crocodylus
Spesies:
C. porosus
Nama binomial
Crocodylus porosus
(Schneider, 1801)
Julat buaya tembaga dalam warna hitam

Buaya tembaga (Crocodylus porosus), juga dikenali sebagai buaya muara atau buaya katak, ialah reptilia terbesar, dan seringkali dikatakan paling berbahaya kepada manusia.[1] Ia boleh dijumpai di beberapa habitat di Asia Tenggara dan utara Australasia. Buaya tembaga yang berada Utara Australia sebagai "salties".

Pemakanan

Buaya tembaga merupakan pemangsa yang berupaya menangkap haiwan sebesar kerbau, sama ada di air atau di darat. Anak buaya akan makan haiwan lebih kecil seperti serangga, amfibia, haiwan bercangkerang, krustasea, reptilia kecil dan ikan. Semakin besar buaya itu, semakin pelbagai mangsa yang dibahamnya. Walaupun mangsa yang ditangkap kecil, ia masih merupakan sebahagian besar diet buaya dewasa. Buaya tembaga mampu menangkap monyet, babi liar, dingo, haiwan ternakan, kerbau, yu[2] dan kadangkala termasuk manusia. Kebiasaanya amat lesu – kecenderungan yang membantunya hidup berbulan-bulan semasa ketiadaan makanan – ia biasanya berkeliaran berhampiran dengan air atau berjemur di bawah sinar suria sepanjang hari, dan biasanya cenderung untuk memburu pada waktu malam. Ia bagaimanapun mampu bergerak dengan kepantasan yang mengkagumkan apabila perlu, buaya mampu menjangkau sejauh 10 m daripada keadaan pengun dan lebih pantas berbanding kuda lumba, terutamanya dari tebing sungai, di mana kedua kaki dan ekor digunakan bagi menghasilkan tujahan.

Sebagai pemangsa hendap, ia biasanya menunggu mangsanya menghampiri tebing sebelum menyerang tanpa amaran dan menggunakan kekuatannya untuk menarik haiwan ke dalam air di mana mangsa biasanya lemas (sekiranya terdapat lebih daripada seekor buaya, mangsa mungkin berkecai). Ia adalah haiwan yang amat kuat, dengan mempunyai kekuatan untuk mematahkan kaki haiwan besar dengan hanya libasan ekornya, mampu menarik kerbau dewasa ke dalam sungai, atau memecahkan tengkorak lembu dewasa dengan menggunakan rahangnya. Serangan paling merbahayanya, dikenali sebagai "Gulungan Maut," di mana ia mengenggam mangsa dan berputar dengan kuat, yang biasanya mampu mematahkan leher atau menceraikannya. Dalam satu kes di Australia Utara pada tahun 1939, lembu jantan Suffolk yang seberat lebih 1 tan (2,205 paun) dibunuh, kelihatannya kurang dari 1 minit, oleh buaya besar.

Saiz

Buaya tembaga dewasa biasanya berukuran antara 4.8 meter hingga 5 meter (15.4 hingga 16.6 kaki) panjang, seberat sekitar 770 kilogram (1697 lb). Seekor buaya besar mampu mencecah melebihi 6 meter (20 kaki) atau 7 metre (23 kaki) panjang dan seberat melebihi 1,500 kg (3707 lb). Sebenarnya spesies ini mampu membesar sehingga 8 meter (27 kaki) atau sehingga 9 meter (30 kaki). [2] . Buaya betina biasanya lebih kecil dari buaya jantan, dengan kebiasaannya dalam julat 2.5–3 meter. Salah satu buaya terbesar direkodkan adalah 8 meter 64cm (28 kaki 4 inci) dan ditembak oleh Krystina Pawloski (Guru sekolah, kemudiannya pencinta alam) di Sungai Norman di utara Queensland, Australia pada tahun 1957. Ia dikatakan buaya tembaga yang sekuat jerung putih dewasa. Kulit bertulang mereka sekeras batu.

Habitat, julat & etimologi

Buaya katak

Buaya tembaga biasanya menghabiskan masa musim hujan tropika di sungai dan paya air tawar, berulang ke hulu hilir ke kuala pada musim kering, dan kadang kala bergerak jauh ke laut. Buaya bertarung dengan bengis bagi mempertahankan kawasan, dengan buaya jantan yang kuat kebiasaannya menduduki kawasan anak sungai dan alur terbaik. Buaya remaja dengan itu terpaksa ke sistem sungai lebih kecil atau kadang kala ke laut. Ini menjelaskan mengapa taburan meluas buaya tembaga (dari pantai barat India sehingga Utara Australia) dan juga mengapa ia kadang-kala didapati di kawasan pelik (seperti Laut Japan, seumpamanya). Kepantasan buaya tembaga di bawah air boleh mencecah sehingga 12 hingga 15 batu sejam dalam jarak pendek, tetapi mampu bergerak 2 hingga 3 batu.

Haiwan ini dipanggil buaya muara kerana biasanya hidup berkelompok dan menunggu mangsa di muara-muara atau pertemuan satu sungai dengan sungai lainnya. Buaya akan mendekati tebing sungai ketika air pasang. Buaya ini biasa keluar dari sarang pada petang hingga malam hari untuk mencari mangsa. Dipanggil juga buaya tembaga kerana ia mampu melompat keluar dari air untuk menyerang mangsanya sama ada atas pokok, jeti, tebing dan kapal. Bahkan bila kedalaman air melebihi panjang tubuhnya, buaya muara mampu melompat serta menerkam dengan mencapai ketinggian yang sama dengan panjang tubuhnya.

Ia dipanggil buaya tembaga kerana berkembang biak pada musim hujan (bulan November - Mac) ketika air sungai di bahagian muara menjadi sangat keruh seperti warna tembaga dan membina sarang yang terdiri dari tumbuh-tumbuhan dan gumpalan tanah. Selalunya 50 biji telur dan pengeraman berlangsung antara 65-110 hari. Buaya betina biasanya yang menjaga sarang dengan berwaspada dan ini menyebabkan buaya menyembunyikan telur dalam lubuk terdekat. Suhu penetasan menentukan jenis jantina dari telur buaya. Pada suhu sangat tinggi atau suhu rendah akan menetaskan buaya betina, dan suhu dari 31-32 darjah Celcius akan menetaskan buaya jantan. Di kirakan bahawa telur-telur yang disimpan hanya satu perempat dari 50 biji sahaja yang akan menetas. Ini adalah kerana ancaman pelbagai haiwan yang suka memakan telurnya seperti ular, biawak, helang dan lain-lain.

Kecerdasan

Dr. Adam Britton, penyelidik dengan Pengurusan Hidupan liar Antarabangsa (Wildlife Management International), telah mengkaji kecerdasan buaya. Ketika melakukannya, dia mengumpulkan bunyi buaya tembaga Australia, dan mengaitkannya dengan tabiat buaya tembaga. Pendapatnya adalah, sungguhpun otak buaya lebih kecil berbanding mamalia (serendah 0.05% bagi buaya tembaga), ia mampu mempelajari tugasan dengan sedikit pembentukan (conditioning). Dia turut membayangkan bahawa bunyi buaya mempunyai keupayaaan bahaya yang lebih berbanding apa yang diterima kini. Buaya tembaga kemungkinannya reptilia terbijak di dunia.[perlu rujukan]

Rujukan

  1. ^ Protection of Wild Life Act 1972
    LAWS OF MALAYSIA<br<Act 76
  2. ^ [1]
  • "Crocodylus porosus". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 1996. 1996. Unknown parameter |downloaded= ignored (bantuan); Unknown parameter |assessors= ignored (bantuan){{cite iucn}}: error: malformed |id= identifier (help)no identifier

Pautan luar

  • (Inggeris) Recent Crocodile Attacks in Australia Diarkibkan 2006-06-23 di Wayback Machine
  • (Inggeris) Crocodylus porosus (Schneider, 1801) Diarkibkan 2006-01-08 di Wayback Machine, by Adam Britton from the Crocodilian Species List.
  • (Inggeris) Saltwater crocodile calls from Dr. Britton's crocodilians.com site
  • (Inggeris) Brief discussion Diarkibkan 2011-11-20 di Wayback Machine from Dr. Britton and others discussing dromaeosaurid intelligence