Burung Gagak Gunung

Burung Gagak Gunung
Burung Gagak Gunung di Zoo Chiang Mai, Thailand
Status pemuliharaan

Kurang membimbangkan  (IUCN 3.1)[1]
Pengelasan saintifik
Alam:
Haiwan
Filum:
Kordata
Kelas:
Aves
Order:
Passeriformes
Keluarga:
Corvidae
Genus:
Cissa
Spesies:
C. chinensis
Nama binomial
Cissa chinensis
(Boddaert, 1783)

Burung Gagak Gunung adalah salah satu daripada haiwan yang boleh didapati di Malaysia. Nama sainsnya ialah Cissa chinensis. Ia merupakan ahli keluarga gagak.

Ciri-ciri

Burung Gagak Gunung ialah haiwan yang tergolong dalam golongan benda hidup, alam : haiwan, filum : kordata, sub-filum : bertulang belakang (vertebrata), kelas : burung. Burung Gagak Gunung ialah haiwan berdarah panas, mempunyai sayap dan tubuh yang diselubungi bulu pelepah. Paruh Burung Gagak Gunung tidak bergigi.

Burung Gagak Gunung memiliki warna hijau terang (seringkali bertukar turquoise dalam kurungan), agak cerah di bahagian bawah dan memiliki belang hitam tebal dari paruh (melalui mata) ke belakang tengkuk. Berbanding ahli genusnya yang lain, ekornya yang hujungnya putih, agak panjang. Ini jelas bertentangan dengan bingkai mata merah, paruh dan kakinya. Sayapnya merah gelap.

Bunyinya agak pelbagai setatpi sering kali peep-peep kasar. Ia juga sering bersiul dan mencecer.

Makanan

Burung Gagak Gunung mencari makanan di tanah dan di pokok, dan memburu banyak haiwan buruan termasuk pelbagai invertebra, reptilia kecil, mamalia, anak burung dan telur. Ia turut memakan bangkai segar.

Pembiakan

Sarang burung Gagak Gunung di bina di atas pokok, semak rimbun dan sering kali di celah batang pokok memanjat. Biasanya terdapat antara 4–6 biji telur setiap sarang.

Habitat

Ia terdapat di kaki gunung Himalayas di timur laut India dalam jalur luas ke timur turun ke tengah Thailand, Malaysia, Sumatera dan baratlaut Borneo dalam hutan malar hijau (termasuk hutan buluh), kawasan lapang dan pokok renek.

Rujukan

  • "Cissa chinensis". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2004. 2004. Unknown parameter |downloaded= ignored (bantuan); Unknown parameter |assessors= ignored (bantuan){{cite iucn}}: error: malformed |id= identifier (help)no identifier Kemasukan pangkalan data termasuk alasan mengapa spesies ini tidak dibimbangkan
Pandangan belakang burung gagak Gunung di Zoo Negara di Washington, D.C.

Pautan luar

  • Carian Google.


Senarai burung Burung merpati
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z
  1. ^ BirdLife International (2012). "Cissa chinensis". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN Versi 2013.2. Kesatuan Pemuliharaan Alam Sekitar Antarabangsa. Dicapai pada 26 November 2013.CS1 maint: ref=harv (link)