Gunung Jerai

Gunung Jerai is located in Bumi
Gunung Jerai
Gunung Jerai (Bumi)
LokasiDaerah-daerah Kuala Muda dan Yan, KedahGeologiJenis gunungInselberg


Gunung Jerai (juga dikenali sebagai Puncak Kedah) merupakan sebuah gunung yang terdapat di negeri Kedah Darul Aman, Malaysia, bersempadan dengan daerah-daerah Kuala Muda dan Yan. Tingginya dalam 1,207 meter. [1]

Gunung Jerai boleh dilihat dari Pulau Pinang dan kawasan berhampiran di negeri Kedah dan parasnya dikelilingi oleh tanah pertanian padi bendang. Merupakan sebuah inselberg, ia tidak seperti gunung-gunung lain di semenanjung, Sarawak dan Sabah yang selalunya berada di dalam banjaran. Gunung ini berada di pesisir pantai, terasing jauh daripada sistem-sistem banjaran Semenanjung Malaysia. Malah ia juga dikatakan mampu dilihat oleh bahtera layar dan kapal lalu lalang dalam perairan Kedah dan Selat Melaka sejauh 100 km. Jarak penglihatan pemerhati pula bergantung kepada keadaan cuaca.


Sejarah

Gunung ini diceritakan masyarakat dahulu asalnya sumpahan batu ke atas seorang puteri bernama Seri Belawati (Jawi: سري بالاواتيcode: ms is deprecated , Sanskrit: श्रीबलवती, rumi: Śrī-Balavatīcode: sa is deprecated ), panggilan سريseri ini kemudiannya dipelatkan sebagai جرايJerai. Malah, gunung ini pernah disebutkan dalam manuskrip Aṣṭasāhasrikā Prajñāpāramitā dikarang pujangga Sujātabhadra pada tahun 1015 sebagai "Gunung Balawati" (बलवतीपार्वते Balavatīparvate).[2]

Geografi

Suhu

Suhu tahunan di Gunung Jerai ialah sekitar 19 °C hingga 24 °C dan selalu dilitupi kabus tebal terutama pada musim hujan, selepas hujan, dan kadang-kadang pada awal pagi.

Gunung Rekreasi

Gunung Jerai menawarkan aktiviti merentasi hutan bagi pencinta alam semula jadi. Terdapat kepelbagaian tumbuh-tumbuhan tropika yang merangkumi kawasan hutan dipterokarp bukit dan hutan dipterokarp atas.

Cara ke sana

  • Dari Batu Uban/Butteworth mengikut Laluan Persekutuan 1 memandu ke Sungai Petani, seterusnya ke Bedong. Kemudian ke Gurun. Dari sana ada jalan tar menuju ke stesen radio sepanjang 11 km. Ada sebuah hotel di sana yang sekarang telah diambil alih dan dinamakan The Regency Jerai Hill Resort. Ada tapak perkhemahan dan tapak perkelahan di pertengahan jalan.
  • Mengikut Lebuhraya Utara-Selatan E1 dari Tol Sg. Dua, Perai menuju utara dan keluar di Persimpangan Gurun. Belok kiri selepas tol, kemudian belok kanan di simpang lampu trafik.
  • Dari utara melalui Guar Chempedak, Yan Kecil dan ke Yan Besar.

Media

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ A Field Guide to the Birds of Peninsular Malaysia and Singapore, By Allen Jeyarajasingam, Alan Pearson
  2. ^ Sinclair, Iain (2021). "Dharmakīrti of Kedah: His Life, Work and Troubled Times" (PDF). Temasek Working Paper Series. Institut ISEAS–Yusof Ishak (2): 8–9.

Pautan luar