Gunung Nabi Syu'aib

Gunung Nabi Syu'aib is located in Bumi
Gunung Nabi Syu'aib
Gunung Nabi Syu'aib (Bumi)
LokasiKegabenoran Sanaa, YamanInduk banjaranPergunungan Haraz-Pergunungan Sarawat

Gunung Nabi Syu'aib (Bahasa Arab: جَبَل ٱلنَّبِي شُعَيْب, rumi: Jabal An-Nabī Shuʿayb), juga dikenali dengan nama Gunung Hadhur (Bahasa Arab: جَبَل حَضُوْر, rumi: Jabal Ḥaḍūr)[1] [2] [3] ialah sebuah gunung di subwilayah Harazi di Sarawat, terletak di Daerah Bani Matar, [3] Kegabenoran Sanaa, Yaman. Ia adalah gunung tertinggi di negara itu dan seluruh Semenanjung Arab. [4] [5] Ia adalah puncak ke-62 paling menonjol di dunia dan puncak ketiga paling menonjol di Timur Tengah.

Nama

Gunung ini dinamakan sempena nama seorang nabi iaitu Shuʿaib ibn Mahdam ibn Dhī-Mahdam al-Ḥaḍūrī (شُعَيْب ابْن مَهْدَم ابْن ذِي مَهْدَم ٱلْحَضُوْرِي). Menurut ulama Islam, baginda orang yang berbeza dengan Syu'aib dari Midian. Menurut Al-Hamdani, baginda telah diutuskan kepada penduduk Mikhlaf Hadhur, tetapi mereka membunuhnya, lalu Tuhan menghantarkan Bakht Nasr, yang memusnahkan kota mereka. [6] [7] Penduduk tempatan percaya bahawa makamnya terletak di atas gunung. [8] Gunung ini dikenali dengan nama Gunung Hadhur kerana terletak di wilayah Mikhlaf Hadhur. [1]

Lihat juga

  • Selatan Semenanjung Arab
    • Geografi Yaman
    • Geologi Yaman

Rujukan

  1. ^ a b زبارة, محمد بن محمد بن يحيى اليمني/الصنعاني (1998-01-01). نيل الوطر من تراجم رجال اليمن في القرن الثالث عشر 1-2 ج1 (dalam bahasa Arab). Dar Al Kotob Al Ilmiyah (دار الكتب العلمية). ISBN 978-2-7451-2623-8.
  2. ^ Gazetteer of Arabia. II [1044] (81/688). Qatar Digital Library. 1917. Dicapai pada 2020-04-17.
  3. ^ a b "Jabal an-Nabī Shu'ayb, Bani Matar, Sanaa, Yemen". Mindat.org. Dicapai pada 2020-04-17.
  4. ^ Robert D. Burrowes (2010). Historical Dictionary of Yemen. Rowman & Littlefield. m/s. 5–340. ISBN 978-0-8108-5528-1.
  5. ^ McLaughlin, Daniel (2008). "1: Background". Yemen. Bradt Travel Guides. m/s. 3. ISBN 978-1-8416-2212-5.
  6. ^ حسين, فرح، محمد (2004). الجديد في تاريخ دولة وحضارة سبأ وحمير: معالم تاريخ اليمن الحضاري عبر ٩٠٠٠ سنة (dalam bahasa Arab). وزارة الثقافة والسياحة،. m/s. 716.
  7. ^ العزيز, البكري/أبو عبيد عبد الله بن عبد (1998-01-01). معجم ما استعجم من أسماء البلاد والمواضع 1-3 مع الفهارس ج1 (dalam bahasa Arab). Dar Al Kotob Al Ilmiyah دار الكتب العلمية. m/s. 90. ISBN 978-2-7451-0035-1.
  8. ^ الهمدانى, ابى محمد الحسن بن احمد بن يعقوب (1990). صفة جزيرة العرب (dalam bahasa Arab). ktab INC.