Hari Televisyen Sedunia

Pada Disember 1996, Perhimpunan Agung PBB mengisytiharkan bahawa 21 November sebagai Hari Televisyen Sedunia bagi memperingati tarikh Forum Televisyen Sedunia pertama kali diadakan pada tahun 1996.[1]

Pengisytiharan ini telah dibantah dan 11 perwakilan membuat undian berkecuali dalam undian kesepakatan, demi menunjukkan bantahan mereka. Perwakilan dari Jerman berkata[2]

Kita sudah ada tiga hari PBB untuk perkara yang serupa: Hari Kebebasan Akhbar Sedunia; dan Hari Maklumat Perkembangan Dunia. Menambah lagi satu hari tidak berapa masuk akal... Televisyen hanyalah satu kaedah maklumat dan medium maklumat yang tidak tercapai oleh sebilangan besar penduduk dunia... Sebilangan besar itu dengan senang boleh melihat Hari Televisyen Sedunia sebagai hari untuk orang kaya. Mereka tiada capaian televisyen. Ada banyak lagi medium maklumat yang lebih penting dan di sini saya ingin khususkan kepada radio. Kami berpendapat bahawa adalah lebih penting kita meningkatkan peranan media-media ini berbanding televisyen.

References

  1. ^ Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Resolution 205 session 51 Proclamation of 21 November as World Television Day on 17 Disember 1996
  2. ^ Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Verbotim Report meeting 88 session 51 page 24, Mr. Henze Germany on 17 Disember 1996 (retrieved 2013-11-18)