Jalur (radio)

Jalur merupakan pecahan spektrum frekuensi komunikasi radio yang digunakan atau ditetapkan untuk kegunaan saluran komunikasi tertentu.

Contoh

  • Jalur penyiaran AM (530–1610 kHz [atau hingga 1710 kHz di jalur AM tambahan di benua Amerika)
  • Pelbagai Jalur gelombang pendek (5.9–26.1 MHz)
  • Jalur antara penduduk (26.965–27.405 MHz)
  • Saluran televisyen 2–6 (54–88 MHz di benua Amerika)
  • Jalur penyiaran FM (88–108 MHz; 76–90 MHz di Jepun)
  • Jalur udara (108–137 MHz) untuk suar VOR, ILS dan kawalan lalulintas udara
  • VHF marin (156-174 MHz)
  • Saluran televisyen 7–13 (174–216 MHz di benua Amerika)
  • Jalur L (1,452–1,492 MHz) untuk siaran radio digital (DAB) di luar Amerika Syarikat
  • Jalur radio amatur sepanjang frekuensi berbeza
  • Jalur kegunaan tentera:
    • FM (35-87.9 MHz)
    • Jalur X (8–10 GHz)
    • Jalur S (1750–2400 MHz)
  • Jalur K (20–40 GHz), dibahagikan kepada:
    • Jalur Ka: jalur K-atas, 27–40 GHz, digunakan terutamanya untuk radar dan komunikasi am
    • Jalur Ku: jalur K-bawah, 12–18 GHz, digunakan terutamanya untuk komunikasi satelit
  • Suar radionavigasi, seperti LORAN dan GPS
  • Jalur V (50–75 GHz)
  • Pelbagai jalur radio amatur

Setiap jalur ini mempunyai pelan jalur asas yang menentukan kegunaan dan kongsiannya untuk mengelakkan gangguan serta menetapkan protokol demi keserasian pemancar dan penerima.

Lazimnya, jalur-jalur disempadankan mengikut panjang gelombang 10n meter, atau frekuensi 3&kali;10n hertz. Contohnya, 30 MHz atau 10 m memisahkan gelombang pendek (lebih rendah, lebih panjang) dari VHF (lebih tinggi, lebih pendek). Inilah bahagian-bahagian spektrum radio, bukan peruntukan frekuensinya.