Laura Secord

Patung Laura Secord di Memorial Para Pemberani di Ottawa.
Laura Secord memberi amaran kepada James Fitzgibbon

Laura Secord (lahir sebagai Laura Ingersoll) (13 September, 1775 – 17 Oktober, 1868) merupakan seorang heroin Kanada di dalam Perang 1812. Laura telah dilahirkan di Great Barrington, Massachusetts pada tahun 1775. Disebabkan oleh penderitaan selepas Revolusi Amerika, bapa beliau, Thomas Ingersoll, memindahkan keluarganya ke Kanada pada tahun 1795. Pada tahun 1797, Laura mengahwini seorang Loyalist James Secord, anak lelaki kepada seorang pegawai Rangers Butler (keluarga Ingersoll bukan merupakan Loyalists). James dan Laura tinggal di Queenston di Upper Canada (kini Ontario), sementara keluarga beliau berpindah ke tempat yang kini dikenali sebagai Ingersoll, Ontario.

Sejarah kehidupan

Pada 13 Oktober, 1812, James Secord telah cedera di dalam Pertempuran Queenston Heights, yang mana merupakan sebahagian daripada medan pertempuran Perang 1812. Pada bulan Jun 1813, tentera Amerika Syarikat sekali lagi menyerbu dan rumah Secord telah dijadikan sebagai rumah persinggahan bagi para pegawai Amerika. Disebabkan ini, Laura menyedari akan rancangan serangan mengejut ke atas pasukan Britain yang diketuai oleh Leftenan James Fitzgibbon di Beaver Dams, yang mana akan menjadikan Amerika memiliki kawalan lebih besar di Semenanjung Niagara. Meskipun suami beliau masih sakit ekoran kecederaannya, Laura mengambil keputusan untuk memberi amaran kepada Leftenan Fitzgibbon sendiri. Beliau berjalan kira-kira 30 km daripada Queenston (hari ini) melalui St. David's, Homer, Shipman's Corners (kini St. Catharines) dan Short Hills di Tubir Niagara sebelum tiba di kem pahlawan sekutu orang asli yang kemudian membantu perjalanan seterus beliau ke ibu pejabat Fitzgibbon di rumah Decew. Fitzgibbon juga telah menerima maklumat yang sama daripada peninjau orang asli sebelum ketibaan Laura. Keputusan tetap sama tanpanya, tetapi ini tidak mengurangkan kesetiaan Laura [1]. Satu pasukan kecil Britain dan satu kontigen besar pahlawan Mohawk kemudian disiapkan untuk serangan Amerika, di mana hasilnya hampir kesemua tentera Amerika telah berjaya ditawan di dalam Pertempuran Beaver Dams.

Rujukan

  1. ^ Wood, W. Select British documents of the Canadian war of 1812, Vol. I of the Toronto : Champlain Society, 1920-1928 pp65-66.

Pautan luar

  • Biography of Laura Secord
  • Biography at the Dictionary of Canadian Biography Online
  • Laura Secord's message to the Prince of Wales, 1860
  • Galafilm biography
  • Laura Secord Heritage Minute video on Histori.ca
  • Map To Location of Laura Secord Homestead Museum
  • The story of Laura Secord : and Canadian reminiscences, EA Currie (1900)
  • Laura Secord monument on Queenston Heights