Leon Trotsky

Rencana ini berkenaan dengan biografi Leon Trotsky. Untuk tafsiran moden dan teori Trotski, sila lihat Trotskyisme.


Leon Trotsky.

Leon Davidovich Trotsky (bahasa Rusia: Лев Давидович Троцкий; transliterasi: Leo, Lev, Trotskii, Trotski, Trotskij, Trockij dan Trotzky; 7 November 1879 – 21 Ogos 1940) yang dilahirkan dengan nama Lev Davidovich Bronstein (Лев Давидович Бронштейн) ialah seorang revolusioner Bolshevik, serta ahli teori Marxisme. Beliau adalah ahli politik yang berpengaruh pada peringkat awal Kesatuan Soviet, mula-mulanya sebagai Komisar Rakyat Hal-ehwal Luar Negeri, dan kemudiannya sebagai pengasas serta komander Tentera Merah dan Komisar Perang Rakyat. Trotsky juga merupakan salah satu ahli pengasas Politburo.

Menyusul rebutan kuasa dengan Joseph Stalin pada dekad 1920-an, Trotsky dipecat daripada Parti Komunis dan diusir dari Kesatuan Soviet. Beliau kemudian dibunuh di Mexico oleh Ramon Mercader, seorang ejen perisik, dengan sebilah beliung ais. [1] Idea-idea Trotsky merupakan dasar Trotskyisme yang masih merupakan salah satu aliran fikiran utama dalam pemikiran Marxisme yang bertentangan dengan Stalinisme dan Maoisme secara teori.


Sebelum Revolusi 1917

Masa kanak-kanak (1879-1896)

Trotsky dilahirkan di Yanovka, Provinsi Kherson, Ukraine yang merupakan sebuah desa kecil, 15 kilometer daripada pejabat pos yang terdekat. Beliau merupakan anak kelima kepada David Leontyevich Bronstein (atau Bronshtein, 18471922), seorang petani Yahudi yang kaya tetapi buta huruf, dan Anna Bronstein (maut 1910). Nama kelahirannya, Lev Davidovich Bronstein, dinamakan sempena bapa saudaranya yang pada akhir bulan itu, mencuba meletup gerabak maharaja. Walaupun keluarganya adalah daripada etnik Yahudi, mereka tidak warak, dan bahasa-bahasa yang dituturkan di rumah ialah bahasa Rusia serta Ukraine, dan bukannya bahasa Yiddish. Adik perempuannya, Olga, berkahwin dengan Lev Kamenev, seorang Bolshevik yang terkemuka.

Apabila Trotsky berumur sembilan tahun, ayahnya menghantarnya ke Odessa untuk pendidikannya. Beliau didaftarkan di sebuah sekolah Jerman yang semakin bersifat Rusia semasa tempohnya di Odessa, disebabkan dasar rusifikasi kerajaan. Walaupun Troksky merupakan seorang murid yang baik, beliau suka berlawan dan pernah mengatur suatu bantahan terhadap seorang guru yang tidak popular pada tahun kedua persekolahannya. Bagaimanapun, beliau tidak memainkan peranan yang aktif dalam politik atau sosialisme sehingga 1896, ketika beliau berpindah ke Nikolayev (kini Mykolaiv) untuk tahun akhir persekolahannya.

Rujukan

  1. ^ Senjata pembunuhan ialah sebilah beliung ais, bukannya pemecah ais yang merupakan alat yang berbeza — sila lihat rencana masing-masing untuk perinciannya. Banyak buku sejarah dan rujukan mengelirukan antara kedua-dua ini apabila membincangkan keadaan-keadaan yang menyelubungi pembunuhan Trotsky. [1]

Pautan luar

Wikisource
Wikisource

Wikisource mempunyai karya asli yang dikarang oleh atau mengenai: Leon Trotsky

  • Arkib Leon Trotsky Bahasa Indonesia di Marxist Internet Archive Bahasa Indonesia
  • Gambar-gambar Rumah Trotsky di Bandaraya Mexico pada Januari 2006
  • Rekod-rekod FBI mengenai pembunuhan Trotsky
  • "Trotsky mengaku perbantuan kepada imperialisme Jepun" dan kritikan-kritikan lain terhadap Trotsky Diarkibkan 2006-06-24 di Wayback Machine
  • 'Beliung ais yang digunakan untuk membunuh Trotsky dijumpai di Mexico, dengan lumuran darah
  • Dosir sudut pandangan antarabangsa mengenai Trotsky (USFI)
  • "Pada hari ulang tahun pembunuhan, muzium Trotsky terbukti merupakan tarikan pelancong" Diarkibkan 2006-02-24 di Wayback Machine oleh Larry Luxner daripada Agensi Telegraf Yahudi, diterbitkan pada 23 Ogos 2005
  • Lenin dan Trotsky - Apakah Pendirian Mereka yang Sebenarnya oleh Alan Woods dan Ted Grant
  • Empat Puluh Tahun Sejak Pembunuhan Leon Trotsky oleh Lyn Walsh
  • Arkib Trotsky di Marxists.org (di bawah lesen GFDL)
  • Leon Trotsky Mengenai Kebangkitan Fasisme Jerman dan Pemusnahan Sayap Kiri Jerman
  • Biografi Trotsky daripada Laman web Pendidikan Spartacus
  • Karya dan analisis Marxisme
  • Laman web Lubitz TrotskyanaNet – membincangkan Leon Trotsky, Trotskyisme dan penyokong-penyokong Trotskyisme]
  • Trotsky, Leon Kehidupan Saya: Percubaan dalam Autobiografi
  • Percanggahan Trotsky, sebuah teks oleh Claude Lefort