Penyakit radang pelvis

Radang Pelvik
Pengelasan dan sumber luaran
ICD-10N70-N77
ICD-9614-616
P. Data Penyakit9748
eMedicineemerg/410
Wikipedia tidak memberikan nasihat perubatan Penafian perubatan

Penyakit radang pelvis (bahasa Inggeris: Pelvic inflammatory disease) ialah sejenis penyakit berjangkit yang progresif berlaku pada tiub Fallopio, rahim, serviks dan/atau ovari. Penyakit radang pelvik selalu dikaitkan dengan penyakit kelamin kerana ia selalunya berjangkit melalui seksual.

Gejala penyakit radang pelvis

Gejala penyakit radang pelvis pelbagai, meliputi tiada gejala kepada gejala yang teruk. Gejala-gejala ini termasuklah:

  • Sakit di bawah bahagian abdomen
  • Lelehan vagina yang banyak, berbau busuk dan berwarna tidak normal
  • Sakit semasa hubungan seks
  • Darah haid yang terlalu banyak dengan kesakitan yang berlebihan
  • Perdarahan antara kitaran haid
  • Menggigil, demam dan muntah
  • Kepenatan yang berlebihan
  • Hilang selera makan
  • Sakit pinggang
  • Kencing sakit dan lebih kerap

Rujukan

  • Penyakit radangan pelvik di Kementerian Kesihatan Malaysia
  • Penyakit radang pelvis di Kementerian Kesihatan Malaysia