Perang kimia

 
Senjata pemusnah massa
WMD world map
Jenis
Biologi
Kimia
Nuklear
Radiologi
Negara
Albania
Algeria
Argentina
Australia
Brazil
Bulgaria
Kanada
China
Perancis
Jerman
India
Iran
Iraq
Israel
Jepun
Belanda
Korea Utara
Pakistan
Poland
Romania
Rusia
Arab Saudi
Afrika Selatan
Sweden
Syria
Taiwan
United Kingdom
Amerika Syarikat
Senarai perjanjian
  • l
  • b
  • s

Perang kimia menggunakan bahan-bahan kimia yang toksik sebagai senjata perang. Bahan-bahan ini boleh membunuh ramai orang sekaligus dan dianggap sebagai senjata pemusnah besar-besaran, beserta dengan senjata nuklear dan biologi. Senjata kimia dibuat daripada sebatian kimia beracun, sementara senjata biologi menggunakan mikroorganisma hidup. Senjata yang mengandungi bahan kimia beracun daripada organisma hidup dikenali sebagai senjata toksin dan kadangkala dikelaskan berasingan. Senjata kimia boleh menyebabkan kecederaan dalam beberapa cara. Kebanyakan kecederaan atau kematian disebabkan mangsa menghidu, bersentuh dengan kulit ataupun memakan makanan yang dicemari.

Serangan kimia selalunya melibatkan pelepasan bahan-bahan ini ke udara. Ini boleh dilakukan dengan banyak cara seperti melepaskan tembakan ke udara, atau menggunakan kapal terbang untuk menyemburkan bahan-bahan ini. Jika dilepaskan di luar, senjata kimia boleh dipengaruhi dengan keadaan cuaca. Hujan contohnya boleh mengurangkan keberkesanan bahan-bahan ini, dan angin boleh meniup ia ke tempat lain. Pada abad ke-20, senjata kimia digunakan dengan meluas hanya semasa Perang Dunia Pertama (1914-1918) dan Perang Iran-Iraq (1980-1988). Serangan bahan sarin di tren bawah tanah di Tokyo pada tahun 1995 juga serangan kimia pengganas.

Pertubuhan Larangan Senjata Kimia berusaha menghapuskan senjata kimia.

Nota

Pautan luar