Prahara Seni Abadi

Prahara Seni Abadi
Album himpunan oleh
M. Nasir
Dilancarkan padaJulai 2000
Dirakamkan pada1989–1995
TempatMalaysia Sunting nilai ini di Wikidata
Genre
  • Balada
  • nusantara
  • dunia
  • country
Panjang70:56
BahasaBahasa Melayu Malaysia Sunting nilai ini di Wikidata
Syarikat
  • Luncai Emas
  • BMG Music Malaysia
Penerbit
  • M. Nasir
  • Johari Teh (eksekutif)
Kronologi M. Nasir
Phoenix Bangkit
(2001)
Prahara Seni Abadi
(2000)
Sang Pencinta
(2006)
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Prahara Seni Abadi ialah album kompilasi oleh penyanyi dan komposer Malaysia, M. Nasir. Album ini memuatkan lagu-lagu popularnya dari album-album terdahulu serta rakaman baharu.

Latar belakang

Prahara Seni Abadi ialah album kompilasi oleh M. Nasir yang memuatkan 13 lagu yang mana dua daripadanya ialah lagu yang tidak pernah dikeluarkan, iaitu "Walid" dan "Dalam" yang merupakan hasil nukilan Brad Parker dengan lirik ditulis oleh M. Nasir. Lima lagi lagu yang dimuatkan dalam album ini dipetik dari album Canggung Mendonan, dua dari album S.O.L.O, dua dari album Akar Manifestasi Akustika, satu dari album Saudagar Mimpi dan satu lagi dari album Srikandi Cintaku.

Album ini memuatkan maklumat yang memperincikan kehidupan dan kerjaya M. Nasir serta menampilkan petikan daripada rakan artis, penggiat seni dan pengamal media serta sasterawan yang meluahkan pendapat mereka mengenai beliau menerusi segmen Retrospektif yang disediakan oleh wartawan hiburan Harian Metro ketika itu, Saniboey Mohd Ismail. Kulit albumnya direkabentuk oleh Tapa. Prahara Seni Abadi dikeluarkan pada Julai 2000, iaitu sebulan selepas pelancaran album Phoenix Bangkit. Album ini juga diterbitkan bagi mempromosikan rancangan dokumentari Prahara Seni M. Nasir terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM).[1]

Senarai lagu

No.TajukPenulisMasa
1."Mentera Semerah Padi" (dari album Canggung Mendonan) 4:46
2."Akar Kita" (dari album Akar Manifestasi Akustika)
7:46
3."Sentuhan Listrikmu" (dari album Canggung Mendonan)
  • M. Nasir
  • Loloq
5:25
4."Lara" (dari album Canggung Mendonan)
  • M. Nasir
  • Loloq
4:50
5."Yang Bertakhta Akhirnya" (dari album S.O.L.O)
  • M. Nasir
5:48
6."Suatu Masa" (dari album Srikandi Cintaku)
  • M. Nasir
4:38
7."Keroncong Untuk Ana" (dari album Akar Manifestasi Akustika) 4:53
8."Tanya Sama Itu Hud Hud" (dari album Canggung Mendonan)
  • M. Nasir
5:20
9."Mustika" (dari album S.O.L.O)
  • M. Nasir
5:59
10."Apokalips" (dari album Saudagar Mimpi)
  • M. Nasir
  • Loloq
6:55
11."Bonda" (dari album Canggung Mendonan)
  • M. Nasir
  • Nurbisa
5:48
12."Walid" (Lagu yang tidak dikeluarkan)
  • Brad Parker
  • M. Nasir
5:51
13."Dalam" (Lagu yang tidak dikeluarkan)
  • Brad Parker
  • M. Nasir
6:57
Jumlah masa: 70:56


Tenaga kerja

Diperoleh dari catatan media album.[2]

  • M. Nasir - penyanyi, komposer, penulis lirik
  • Loloq - penulis lirik
  • S. Amin Shahab - penulis lirik
  • Brad Parker - komposer,
  • Johari Teh - penerbit eksekutif
  • Edrie Hashim - penyelaras A&R
  • Sam - urusan promosi
  • Lisa - urusan promosi
  • Rohani - urusan promosi
  • Rina - urusan promosi
  • Nan Dengkil - urusan promosi
  • Sharum - urusan promosi
  • Freda Hassan - urusan promosi
  • Tapa - konsep dan reka bentuk
  • Saniboey Mohd Ismail - penyusun Retrospektif
  • Faisal Ghazali - mastering
  • Synchrosound Studio - mastering
  • Audio Art Press - cetakan

Rujukan

  1. ^ Tengku Khalidah Tengku Bidin (26 Julai 2000). "RTM siarkan Prahara Seni M. Nasir". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-03-25. Dicapai pada 18 Jun 2015.
  2. ^ Prahara Seni Abadi (Catatan media). M. Nasir. Luncai Emas & BMG Music Malaysia. 2001. 74321-83267-2.CS1 maint: others (link)

Pautan luar

  • l
  • b
  • s
Album studio
Album duet
Album instrumental
  • Irama (1982)
Album kompilasi
Lagu dan single
Konsert dan jelajah
Filemografi
Rencana berkaitan
  • Buku Wikipedia Buku
  • Kategori Kategori