Rahim Othman

Abdul Rahim Othman (12 Januari 1955 – 16 Julai 2015) merupakan seorang komposer dan pemuzik Malaysia. Beliau telah meninggal dunia pada 16 Julai 2015 pukul 4:45 pagi di Hospital Sungai Buloh, Selangor kerana komplikasi paru-paru.[1]

Beliau merupakan adik kepada komposer Allahyarham Taib Othman dan bapa saudara kepada Hamzah bin Mohd Taib (Kid Search), Nordin bin Mohd Taib (Din Search) dan Musa bin Mohd Taib (Lomaq Kris).

Banyak lagu ciptaan beliau yang menjadi siulan peminat sehingga kini, antaranya Takdir dan Waktu nyanyian kumpulan Mega yang dinobatkan sebagai Lagu Terbaik di Anugerah Juara Lagu 1991 dan Untukmu Ibu dendangan kumpulan Exists.

Lagu ciptaan

  • Masih Aku Terasa - Gersang
  • Suratan Takdir - Gersang
  • Bersama Suara Hati - Gersang
  • Kau Yang Tak Mengerti - Teja
  • Takdir Dan Waktu - Mega
  • Untukmu Ibu - Exists
  • Alasanmu - Exists
  • Nina - Slam

Rujukan

  1. ^ http://origin.bharian.com.my/taxonomy/term/8/2015/07/68380/komposer-rahim-othman-meninggal-dunia-pagi-tadi