Rambai

Rambai
Pengelasan saintifik
Alam:
Tumbuhan
(tanpa pangkat):
Angiosperma
(tanpa pangkat):
Eudikot
(tanpa pangkat):
Rosids
Order:
Malpighiales
Keluarga:
Phyllanthaceae
Genus:
Baccaurea
Spesies:
B. motleyana
Nama binomial
Baccaurea motleyana
Müll.Arg.

Rambai (Jawi: رامبايcode: ms is deprecated , Baccaurea motleyana) ialah spesies pokok berbuah yang hidup meliar di bahagian Asia Tenggara dan ditanam untuk buahnya di Indonesia, Thailand dan Semenanjung Malaysia.

Pokok rambai biasanya tumbuh pada ketinggian antara 9 hingga 12 meter dengan dahan pendek dan bahagian atas yang rendang. Pokok rambai memiliki daun malar hijau yang berkilat di bahagian atas dan perang kehijauan berbulu halus di bahagian bawah daun. Setiap daun pokok rambai sepanjang 33 sentimeter dan selebar 15 sentimeter. Spesies pokok rambai merupakan pokok berjantina ("dioecious"), dengan bunga jantan dan betina membesar pada individual yang berlainan. Kedua jenis bunga berbau harum dan memiliki sepal kuning. Stamen raceme pokok rambai mampu membesar sehingga 15 sentimeter dan pistillate inflorescences mampu mencecah 75 sentimeter panjangs.

Buah pokok rambai setiap satunya antara 2 hingga 5 sentimeter panjang dan sekitar dua sentimeter lebar dan tumbuh segugus. Setiap buah memiliki kulit velvet merah jambu, kuning, atau perang yang berkedut apabila matang dan memiliki dua pulpa keputihan berisi antara tiga hingga lima biji benih. Setiap kantung berasa manis hingga berasid. Ia boleh dimakan mentah atau dimasak atau dijadikan jem atau ditapai. Pokok rambai juga digunakan sebagai teduhan dan kayu berkualiti rendah.

Galeri

  • Buah rambai.
    Buah rambai.
  • Buah rambai.
    Buah rambai.
  • Pokok rambai berbuah.
    Pokok rambai berbuah.
  • Pokok Rambai
    Pokok Rambai
  • Buah Rambai putik.
    Buah Rambai putik.
  • Buah Rambai bergugusan.
    Buah Rambai bergugusan.
  • Buah Rambai
    Buah Rambai
  • Buah Rambai.
    Buah Rambai.

Lihat juga

  • Rambai hutan

Pautan luar

  • Profil spesies di Sistem Maklumat Biokepelbagaian Malaysia
  • Profil spesies di Flora and Fauna Web Lembaga Taman Negara Singapura
  • Purdue New Crops Profile
  • FAO Ecocrops Profile Diarkibkan 2012-02-10 di Wayback Machine
  • Baccaurea motleyana
  • Brunei FM
  • l
  • b
  • s
Senarai pokok Pokok mangga
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z