Rawan

Rawan
Rawan hialin dengan kondrosit dan organel, lakuna dan matriks
Pengenalpastian
MeSHD002356
TAA02.0.00.005
Terminologi anatomi
[sunting di Wikidata]

Rawan atau tulang rawan merupakan sejenis tisu penghubung lentur yang terdapat di pelbagai anggota badan manusia mahupun haiwan, termasuk sendi di antara tulang, sangkar rusuk, telinga, hidung, saluran tenggorok dan cakram intervertebra. Ia lebih lembut daripada tulang tetapi lebih keras dan kurang lentur daripada otot.

Rawan terdiri daripadsa sel-sel khusus bergelar kondroblas yang menghasilkan sejumlah besar matriks ekstrasel yang terdiri daripada serat kolagen, sejumlah banyak bahan dasar yang kaya dengan proteoglikan, dan serat elastin. Terdapat tiga jenis rawan, iaitu rawan kenyal, rawan hialin dan rawan berserat.[1] Kondroblas yang terperangkap dalam matrik dipanggil kondrosit dan terletak di dalam celah-celah yang bergelar lakuna dengan sehingga lapan kondrosit untuk satu lakuna.

Tidak seperti tisu-tisu penghubung yang lain, rawan tidak mengandungi salur darah. Kondrositnya dibekalkan oleh pembauran yang dibantu oleh tindakan mengepam yang dijana oleh pemamptan rawan artikular atau fleksi rawan kenyal. Oleh itu, rawan tumbuh dan sembuh lebih perlahan berbanding dengan tisu-tisu penghubung yang lain.

Rawan dalam haiwan

Ikan berawan

Ikan berawan (chondrichthyes) seperti ikan yu dan ikan pari mempunyai rangka yang terdiri hanya daripada rawan. Rawan yu merupakan suplemen pemakanan yang digemari ramai tetapi tidak terbukti keberkesanannya.

Rawan invertebrat

Tisu rawan juga terdapat dalam haiwan invertebrat seperti belangkas, siput babi laut, dan sotong.

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ Pratt, Rebecca. "Supporting Tissue: Cartilage". AnatomyOne. Amirsys, Inc. Dicapai pada 26 October 2012.[pautan mati kekal]
Rujukan am
  • Keller-Peck, C. (2008). Vertebrate Histology, ZOOL 400. Boise State University.

Pautan luar

  • Cartilage.org, International Cartilage Repair Society
  • KUMC.edu Diarkibkan 2011-04-08 di Wayback Machine, Cartilage tutorial, University of Kansas Medical Center
  • Bartleby.com, text from Gray's anatomy


Templat:Bone and cartilage