Reichsleiter

Pemimpin Nasional
Reichsleiter

Lencana
kolar sebelum 1939
Lencana
kolar selepas 1939
Ikatan lengan
Negara Jerman Nazi
Cabang perkhidmatan Parti Nazi
Singkatan RL
Pangkat Pangkat separa tentera
Diperkenalkan 1922
Dimansuhkan 1945
Pangkat tinggi seterusnya

Führer

Pangkat rendah seterusnya

Gauleiter

Persamaan pangkat Reichsführer-SS

Reichsleiter (Pemimpin Nasional atau Pemimpin Reich) merupakan pangkat politik kedua tertinggi Parti Nazi (NSDAP), iaitu selepas jawatan Führer. Reichsleiter juga dijadikan sebagai satu pangkat separa tentera dalam Parti dan merupakan posisi tertinggi yang boleh dicapai oleh mana-mana organisasi Nazi.

Reichsleiter melapor terus kepada Adolf Hitler. Reichsleiter membentuk sebahagian daripada Reichsleitung NSDAP yang mana pada asalnya beribu pejabat di "Brown House", Munich.

Senarai Reichsleiter

Ini adalah senarai Reichsleiter NSDAP yang ditetapkan dalam buku tahunan Sosialis Nasional:[perlu rujukan]

  • Max Amann, Reichsleiter bagi Media.
  • Martin Bormann, Ketua Canseleri Parti.
  • Philipp Bouhler, Ketua Canseleri Führer NSDAP.
  • Walter Buch, Ketua Oberstes Parteigericht.
  • Richard Walther Darré, Menteri Reich
  • Otto Dietrich, Ketua Media Reich NSDAP.
  • Franz Ritter von Epp, Ketua Kolonialpolitischen Amtes.
  • Karl Fiehler, Ketua ibupejabat bagi Politik Perbandaran.
  • Hans Frank, Menteri Reich
  • Wilhelm Frick, Pemimpin "pakatan" Sosialis Nasional dalam Reichstag.
  • Dr. Joseph Goebbels, Pemimpin Propaganda Reich NSDAP.
  • Konstantin Hierl, Pemimpin Buruh Reich.
  • Heinrich Himmler, Reichsführer-SS dan Ketua Polis Jerman.
  • Dr. Robert Ley, Pemimpin Organisasi Reich NSDAP.
  • Viktor Lutze, Ketua Turus SA.
  • Alfred Rosenberg, Wakil Führer
  • Baldur von Schirach, Pemimpin Reich bagi Pendidikan Belia NSDAP.
  • Franz Xaver Schwarz, Bendahari Reich NSDAP

Insignia

Bendera kenderaan bagi Reichsleiter, 1938-1945
Insignia pangkat bagi Gauleiter dan Reichsleiter, sebelum dan selepas insignia berubah tahun 1939.
  • l
  • b
  • s
Pangkat tentera
Pangkat bukan tentera
Pangkat lain
Organisasi