Sekali Aku Bahagia
- Melodrama
- Cinta
- Konflik
- Drama
- Dr Mohd Shahremy Ikmal
- Mama Bell
- Ummi Nazeera
- Nabila Huda
- Keith Foo
- Azhan Rani
- 480i (SDTV)
- 1080i (HDTV)
Sekali Aku Bahagia ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2023 arahan Pali Yahya, dibintangi oleh, Ummi Nazeera, Nabila Huda dan Keith Foo. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Sakura, TV3 bermula 28 Mac 2023 menggantikan Chinta Arjuna. [1]
Sinopsis
Aireen dan Naufal adalah adik-beradik. Aireen jatuh cinta dengan Muaz, pekerja di kedai abangnya. Walaupun sudah berkahwin dengan Rania, Muaz telah menikahi Aireen tanpa memberitahu status perkahwinannya.
Konflik bermula apabila Aireen mendapat tahu tentang rumah tangga Muaz dan Rania yang sudah pun mempunyai seorang anak perempuan. Rania tidak sedar akan kecurangan suaminya.
Keadaan menjadi lebih rumit kerana Aireen tidak mahu bermadu dan hanya mahu memiliki Muaz untuk diri sendiri. Rania pula kini harus bangkit dan berjuang demi masa depan anaknya.
Pelakon
- Ummi Nazeera sebagai Rania Farahain
- Nabila Huda sebagai Aireen
- Keith Foo sebagai Muaz
- Azhan Rani sebagai Naufal
- Qistina Raisah sebagai Eli
- Duerra Mitilda sebagai Delisha
- Danish Iskandar sebagai Andre
- Danish Hazriq sebagai Firas
- Meor Mohd sebagai Lan
- Nik Ramly Rejab sebagai Kamil
- Ayu Azlina sebagai Milah
Rujukan
- ^ Drama Sekali Aku Bahagia. Myinfotaip. Dicapai 27 Mac 2023