Sopranis

Lingkungan Suara
Suara Wanita
Soprano
Mezzo-soprano
Kontralto (atau Alto)

Suara Lelaki

Kauntertenor (Alto atau Mezzo)
Tenor
Baritenor
Bariton
Bariton-bes
Bes

Kaitan

Sopranis
Kastrato

Sopranis (atau sopranista) ialah penyanyi klasikal lelaki yang mempunyai jenis suara dan daftar tingkat bersamaan dengan suara penyanyi wanita soprano.

Fächer sopranis

Penyanyi sopranis, yang juga sesekala dipanggil sopranista, ialah penyanyi kauntertenor yang boleh menyanyi dalam lingkungan suara soprano, kebiasaannya meliputi dari nota muzik A3 hingga C6 menggunakan lingkungan fizikal yang kadang-kala boleh naik lebih tinggi. Untuk mencapai suara alto, mezzo dan soprano , penyanyi dasar bariton dan dasar tenor perlu memiliki lingkungan luas dan falseto yang efektif, ia bukanlah sesuatu yang mudah sama sekali. Sama seperti kauntertenor, penyanyi sopranis memiliki suara naluri semulajadi (head voice) beserta dengan suara bes (menggunakan suara dada) tanpa memerlukan penggunaan teknik falseto.

Teknik suara sopranis

Lingkungan suara mengikut nota paparan keyboard
Soprano
Alto
Tenor
Bes

Secara tepatnya, seorang sopranis ialah penyanyi kauntertenor yang memiliki lingkungan pic Fs dan Cs; dan tingkat daftar mereka bersamaan dengan penyanyi soprano yang juga Fs dan Cs. Lingkungan seorang penyanyi soprano kebiasaannya adalah F#5 dan ke atas, walaupun kadang-kala dibahagikan dari F#5-C6, dan C#6, dan ke atas. Sesetengah sopranis contohnya Philippe Jaroussky, tidak berupaya mencapai lingkungan C untuk soprano (hanya mencapai setakat B5), tetapi sama seperi penyanyi soprano, mereka tidak perlu mencapai nota tersebut untuk membuktikan bahawa mereka adalah soprano berlawanan dengan seorang tenor. Ini adalah kerana, penggunaan teknik falseto atau suara naluri semulajadi dibenarkan untuk soprano, sopranis, alto dan kauntertenor.

Repertoir sopranis

Terdapat banyak muzik yang ditulis untuk penyanyi soprano lelaki yang pada masa dahulunya dinyanyikan oleh kastrato, satu jenis suara yang tidak wujud lagi kerana pengembirian kanak-kanak lelaki telah diharamkan sama sekali pada abad ke-19. Sopranis kini adalah amat sukar didapati kerana kebanyakan kauntertenor hari ini adalah penyanyi dalam lingkungan suara alto atau mezzo. Salah satu puncanya ialah kerana ramai kauntertenor awal yang terkenal adalah dari lingkungan suara alto, contohnya Alfred Deller. Selain alto, kauntertenor kemudiannya berkembang kepada “mezzo kauntertenor” seperti David Daniels dan Jochen Kowalski.

Penyanyi sopranis yang terkenal masa kini ialah Aris Christofellis, memulakan persembahan rasmi pada 1980an dan telah merakamkan banyak muzik rakaman.

Sopranis terkenal

Penyanyi sopranis masa kini termasuklah:-

  • Simone Bartolini
  • Cenk Karaferya
  • Timur Okutman
  • Jorge Cano
  • Max Emanuel Cencic
  • Aris Christofellis
  • Philippe Jaroussky
  • Angelo Manzotti
  • Radu Marian
  • Tomotaka Okamoto

Pautan Wikipedia Bahasa Inggeris

(Untuk pemahaman lanjut)

  • (Inggeris) Senarai Kastrati
  • (Inggeris) Senarai penyanyi soprano
  • (Inggeris) Soprano dramatik koloratura
  • (Inggeris) Soprano lirik koloratura
  • (Inggeris) Soubret
  • (Inggeris) Soprano lirik
  • (Inggeris) Spinto
  • (Inggeris) Sopranis
  • (Inggeris) Kauntertenor
  • (Inggeris) Soprano kanak-kanak lelaki
  • (Inggeris) Soprano berperanan lelaki (Breeches role / trouser role)
  • (Inggeris) Koloratura
  • (Inggeris) Tessitura
  • (Inggeris) Berat suara
  • (Inggeris) Fach atau Facher
  • (Inggeris) Muzik koral atau koir
  • (Inggeris) Bel kanto
  • (Inggeris) Peranan Wira
  • (Inggeris) Kontralto atau alto
  • (Inggeris) Timbre

Lihat juga

Portal Opera
Portal Muzik klasikal

Pautan luar

  • Soprano lelaki
  • Laman Timur Okutman
  • Laman Jörg Waschinski
  • Dunia Kastrati dan Soprano lelaki
  • Laman untuk Aris Christofellis Diarkibkan 2006-05-05 di Wayback Machine
  • Jorge Cano
  • Radu Marian
  • Paulo Abel do Nascimento
  • Tomotaka Okamoto (Dengar contoh suara dari RealMedia/WMP)


  • l
  • b
  • s
Genre - genre opera
Opera balada • Comédie mêlée d'ariettes • Dramma giocoso • Farsa • Género chico • Opera Agung • Opéra-balet • Opera buffa • Opéra bouffe • Opéra bouffon • Opéra comique • Opéra féerie • Opera separa-seria • Opera seria • Opereta • Pastorale héroïque • Opera savoy • Separa-opera • Singspiel • Tragédie en musique • Verismo • Zarzuela
  • l
  • b
  • s
Istilah - istilah opera
Aria • Aria di sorbetto • Arioso • Bel kanto • Peranan breces • Kabaleta • Kadenza • Kastrato • Kantata • Kavatina • Koloratura • komprimario  • Coup de glotte • Da kapo aria • Diva • Fach • Falseto • Fioritura • Gesamtkunstwerk • Intermezzo • Leitmotif • Libretis • Libreto • Maestro • Melodrama • Melodramma • Messa di voce • Opera • Oratorio • Panggung opera • Passaggio • Portamento • Pop Opera • Prima donna • Resitatif • Regietheater • Répétiteur • Sitzprobe • Soubret • Spinto • Sprechgesang • Squillo • Stagione • Tesitura • Timbre