Syihan Hazmi

Ahmad Syihan Hazmi
Maklumat peribadi
Nama penuh Ahmad Syihan Hazmi Bin Mohamed
Tarikh lahir (1996-02-22) 22 Februari 1996 (umur 28)[1]
Tempat lahir Kubang Kerian, Kelantan, Malaysia
Ketinggian 1.85 m (6 ka 1 in)
Posisi permainan Penjaga gol
Maklumat kelab
Kelab terkini
Johor Darul Ta'zim
Nombor 16
Kerjaya remaja
2012 Sekolah Sukan Bukit Jalil
2013–2014 Harimau Muda C
2015–2017 Kelantan B21
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2016–2017 Kelatan 0 (0)
2018–2019 Negeri Sembilan 2 (0)
2020–2021 Petaling Jaya City 8 (0)
2022–2023 Negeri Sembilan 22 (0)
2023– Johor Darul Ta'zim 24 (0)
Pasukan kebangsaan
2016–2017 Malaysia B23 7 (0)
2022– Malaysia 23 (0)
Pengalaman
Bola sepak Lelaki
Mewakili  Malaysia
Pestabola Merdeka
Naib-juara 2023
Piala Raja Thailand
Naib-juara 2022
Piala AFF
Tempat ketiga 2022
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 3 Disember 2023
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 26 Mac 2024

Ahmad Syihan Hazmi Bin Mohamed (lahir 22 Februari 1996), dikenali sebagai Syihan Hazmi, merupakan seorang pemain bola sepak profesional Malaysia yang bermain sebagai penjaga gol untuk kelab Liga Super Malaysia, Johor Darul Ta'zim dan pasukan kebangsaan Malaysia.

Kerjaya kelab

Remaja

Ahmad Syihan mula bermain dengan Sekolah Sukan Bukit Jalil pada 2012. Setahun kemudian beliau bermain dengan pasukan Harimau Muda C dalam Liga FAM Malaysia 2013.

Kelantan

Selepas dilepaskan oleh Harimau Muda C, beliau menandatangani kontrak bersama Kelantan FA tetapi masa bermainnya terhad dalam Piala Presiden Malaysia.[2] Satu-satunya penampilan rasmi beliau untuk Kelantan ialah pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan Piala Malaysia menentang Pahang pada 20 Ogos 2016 di mana Kelantan tewas 2-0. Beliau juga menyelamatkan penalti yang diambil oleh Kogileswaran Raj dalam perlawanan itu.[3]

Negeri Sembilan

Pada 2018 beliau menyertai Negeri Sembilan FC tetapi digantung 20 bulan oleh Konfederasi Bola Sepak Asia kerana gagal ujian doping semasa menyertai Piala Asia B-23 AFC di China.[4]

Petaling Jaya City

Beliau kembali daripada penggantungan pada 2020 dengan menandatangani kontrak bersama Petaling Jaya City F.C. Disebabkan kekurangan masa bermain, beliau meninggalkan kelab dan kembali ke Negeri Sembilan.[5]

Kembali semula ke Negeri Sembilan

Beliau membuat penampilan pertama kali kedua untuk Negeri Sembilan menentang Sabah FC pada 4 Mac 2022. Negeri Sembilan menang 1–0 yang turut menyaksikan beliau menyelamatkan sepakan penalti yang diambil oleh Neto Pessoa.[6]

Johor Darul Ta'zim

Pada Disember 2022, Syihan menandatangani kontrak dengan Johor Darul Ta'zim untuk musim Liga Super Malaysia 2023 yang menyaksikan dia bermain 24 perlawanan liga dan mengekalkan 19 lembaran bersih, beliau juga dibolosi 7 gol sepanjang musim liga.

Syihan menukar nombor jersinya daripada no.33 kepada no.16 menjelang musim Liga Super Malaysia 2024–25.

Kerjaya antarabangsa

Ahmad Syihan membuat kemunculan pertama dalam pasukan kebangsaan adalah perlawanan persahabatan menentang Palestin apabila menggantikan Norazlan Razali serta menyelamatkan penalti.[7]

Beliau menerima panggilan pertamanya untuk pasukan bawah-22 tahun kebangsaan dan membuat permulaan pertamanya menentang Bahrain, perlawanan berakhir dengan keputusan seri 0-0.[8][9] Pada 2017, beliau merupakan penjaga gawang pilihan pertama dalam Kejohanan Bola Sepak Piala Dubai. Pada 2018, beliau merupakan penjaga gol ketiga untuk pasukan bawah 23 tahun kebangsaan dalam Piala Asia B-23 AFC 2018. Syihan juga merupakan ahli skuad negara pada Kejohanan AFF 2022 dan Piala Asia AFC 2023.

Anugerah

Kelab

Johor Darul Ta'zim

Antarabangsa

Malaysia

Individu

  • Anugerah Penjaga gol Terbaik dalam Liga Super Malaysia: 2022, 2023

Rujukan

  1. ^ "Ahmad Syihan Hazmi Mohamed". Eurosport Asia. Dicapai pada 16 December 2017.
  2. ^ "Ahmad Syihan Hazmi | SPORTS247.MY". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-02-23. Dicapai pada 2014-08-13.
  3. ^ Piala Malaysia 2016 - Kelantan Layak Ke Suku Akhir Walaupun Kalah 2-0 - Berita RTM, 21 Ogos 2016.
  4. ^ Syihan digantung 20 bulan - Berita Harian, 9 Jun 2018.
  5. ^ Syihan Buru Posisi Utama Di Negeri Sembilan - Malaysian Football League, 22 Disember 2021.
  6. ^ Sabah FC 0-1 Negeri Sembilan FC - Malaysian Football League, 4 Mac 2022.
  7. ^ "Malaysia kalah 0-2 kepada Palestin". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-03-24. Dicapai pada 2014-08-13.
  8. ^ Senarai 30 pemain skuad Malaysia B-22 bertemu Bahrain. - FAM, 2016.
  9. ^ Senarai penuh pemain Harimau Malaysia B-22 lwn Bahrain B-22 - FAM, 30 Ogos 2016.
Persondata
Nama Ahmad Syihan Hazmi Mohamed
Nama alternatif
Pemerihalan ringkas Pemain bolasepak Malaysian
Tarikh kelahiran 02-10-1996
Tempat kelahiran Malaysia
Tarikh kematian
Tempat kematian

Pautan luar

  • Biodata Syihan Hazmi di Soccerway
  • l
  • b
  • s
Skuad MalaysiaPiala Asia AFC 2023
Malaysia