Taman Tasik Perdana

Taman Tasik Perdana
Lake Gardenscode: en is deprecated
Map
Jenistaman bandar
LokasiKuala Lumpur, Malaysia
Koordinat3°08′35″N 101°41′05″E / 3.143000°N 101.684660°E / 3.143000; 101.684660Koordinat: 3°08′35″N 101°41′05″E / 3.143000°N 101.684660°E / 3.143000; 101.684660
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Taman Tasik Perdana (bahasa Inggeris: Lake Gardenscode: en is deprecated ; Cina: 湖滨公园) terletak di Kuala Lumpur, Malaysia. Tasik ini terletak di sebelah kiri Jalan Mahameru menuju ke bangunan Parlimen Malaysia. Nama Tasik Perdana dipilih kerana berhampiran dengan kediaman bekas Perdana Menteri Malaysia ke-2, Allahyarham Tun Abdul Razak.

Taman Tasik Perdana di ibu negara yang sudah berusia 122 tahun pada hari Selasa; 28 Jun 2011 dirasmikan semula oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan nama baru iaitu Taman Botani Perdana.[1]

Sejarah

Tasik ini merupakan sebuah bekas lombong bijih timah pada zaman penjajahan British. Ketika itu lombong ini diusahakan pelombong bijih timah menggunakan lombong palung. Setelah jumlah bijih timah berkurangan, lombong ini tinggal terbiar dan dimajukan sebagai sebuah tasik rekreasi.

Pada 13 Mei tahun 1889, Kebun Bunga Kuala Lumpur telah dirasmikan oleh Gabenor Negeri-Negeri Selat, Sir Cecil Clementi Smith.  Idea mengwujudkan kebun bunga ini dicetuskan oleh Bendahari Kerajaan Negeri Selangor, A.R.Venning yang menyarankan sebuah ‘Botanic Garden’ diwujudkan di Kuala Lumpur.  Selama sepuluh tahun A.R. Venning dengan bantuan Kerajaan Negeri Selangor, berusaha membina sebuah kebun di kawasan seluas 70.1 hektar di lembah Sungai Bras-Bras.  Usaha ini turut mendapat sokongan daripada tokoh masyarakat Kantonis yang terkenal, Tauke Chow Ah Yeok. Beliau telah menyumbang sebanyak seratus pokok cempaka dan pokok limau untuk ditanam di kebun ini. Pada tahun 1967, sebuah panggung yang diberi nama Panggung Aniverseri telah dibina di kebun bunga ini bertujuan menyediakan kemudahan persembahan pentas dan pertunjukan kebudayaan.  Pada 1 Februari 1968, kebun bunga ini telah ditukar namanya menjadi Taman Tasik Perdana oleh YAB Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussein.[2]

Aktiviti

Kawasan sekitarnya telah dijaga dengan rapi dengan menanam pelbagai spesis pokok hiasan. Trek joging, kerusi rehat, Panggung Anniversari, gelanggang permainan dan lain-lain telah disediakan di sini.

Lake Gardens merupakan kawasan rekreasi yang menarik pengunjung tempatan dan antarabangsa. Antara lokasi yang menarik di sekitar Lake Gardens ialah:

  1. Tugu Negara
  2. Panggung Anniversari
  3. Muzium Negara
  4. Planetarium Negara
  5. Galeri Seri Perdana - dahulunya kediaman Allahyarham Tun Abdul Razak.
  6. Taman Bunga Raya
  7. Taman Orkid
  8. Taman Burung Kuala Lumpur

Rujukan :

  1. ^ https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2011/06/28/tmn-tasik-perdana-kini-dikenali-tmn-botani-perdana
  2. ^ http://hids.arkib.gov.my/#/index_peristiwa?q=&day=13&month=5&year=1889
  • l
  • b
  • s
Topik
Zon pembangunan
Daerah polis
Bahagian pilihan raya
  • l
  • b
  • s
Wilayah Persekutuan Bahagian pilihan raya di Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur
P114 Kepong · P115 Batu · P116 Wangsa Maju · P117 Segambut · P118 Setiawangsa · P119 Titiwangsa · P120 Bukit Bintang · P121 Lembah Pantai · P122 Seputeh · P123 Cheras · P124 Bandar Tun Razak
Putrajaya
P125 Putrajaya
Labuan
P166 Labuan
  • Laman Commons Commons
  • Laman Wikisource Wikisumber
  • Kategori Kategori


Ikon tunas

Rencana berkaitan Malaysia ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.

  • l
  • b
  • s
Ikon tunas

Rencana berkaitan geografi ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.

  • l
  • b
  • s