Termuzi Abdul Aziz

Dato Haji Termuzi Abdul Aziz adalah Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka dari 1 Februari 2009 hingga 31 Januari 2012. Beliau diganti oleh Dr Awang Sariyan mulai 1 Februari 2012. Beliau pernah menjadi Lembaga Pengarah Institut Terjemahan dan Buku Malaysia.

Termuzi Abdul Aziz dilahirkan pada 7 November 1944. Beliau menjadi Ketua Pengarah ketika berusia 64 tahun iaitu melepasi usia penjawat awam berkhidmat , 60 tahun. [1][2]

Semasa di DBP

Semasa beliau di DBP, Jabatan Sastera telah dimansuhkan sesudah Pengstrukturan Semula Struktur Organisasi (PSSO) DBP 2010 .Pengerusi Lemmbaga Pengelola DBP ialah Dato Johan Jaafar (2005-2009).

Dawama vs DBP

Syarikat konsesi DBP, Dawama Sdn Bhd (Dawama) sudah diambil alih Utusan Printcorp Sdn Bhd dengan bayaran RM130 juta. Pada 17 Oktober 2011, Dawama memfailkan saman terhadap DBP dan Termuzi Abdul Aziz berhubung kenyataan Termuzi Abdul Aziz dalam rancangan 'Kerusi Panas' Bernama Radio 24 [3]. 328 kakitangan Dawama yang diberhentikan kerja sejak Ogos 2011 ditawarkan skim gaji baru di syarikat Utusan Printcorp . Nisbah agihan perkongsian perniagaan di antara DBP dengan Dawama ialah pada kadar 20:80 untuk buku teks (DBP-Dawama), manakala judul umum pula 30:70 (DBP-Dawama).[4][5][6]

Rujukan

  1. ^ RM22,000 sebulan dibazirkan untuk KP DBP yang berusia 66 tahun!
  2. ^ Tokoh Bahasa Dr Awang Sariyan Kini KP DBP[pautan mati kekal]
  3. ^ DBP denies defaming Dawama Sdn Bhd
  4. ^ Godam: Sayonara DBP, youkoso irasshai masita Dr Awang
  5. ^ Relief for Dawama staff
  6. ^ Feb 13 for case management in Dawama-DBP suit
  • l
  • b
  • s
  1. Ungku Abdul Aziz
  2. Syed Nasir Syed Ismail
  3. Ali Ahmad
  4. Sujak Rahiman
  5. Hassan Ahmad
  6. Jumaat Mohd Noor
  7. A. Aziz Deraman
  8. Firdaus Abdullah
  9. Termuzi Abdul Aziz
  10. Awang Sariyan
  11. Abdul Adzis Abas
  12. Abang Sallehuddin Abang Shokeran