Hadiah Nobel dalam Kesusasteraan

Hadiah Nobel dalam Kesusasteraan
PenghargaanSumbangan cemerlang dalam bidang kesusasteraan
NegaraSweden
Disampaikan olehAkademi Sweden
Ganjaran9 juta SEK (2017)[1]
Anugerah pertama1901
Kini dipegang olehKazuo Ishiguro (2017)
Laman web rasminobelprize.org

Hadiah Nobel dalam Kesusasteraan (Svensk: Nobelpriset i litteraturcode: sv is deprecated , bahasa Inggeris: Nobel Prize in Literaturecode: en is deprecated ) ialah penghargaan tahunan yang dikurniakan kepada mana-mana pengarang dari pelbagai negara yang "telah menghasilkan karya berkecenderungan idealistik yang paling cemerlang dalam bidang kesusasteraan" (den som inom litteraturen har producerat det utmärktaste i idealisk riktning) menurut wasiat Alfred Nobel.[2][3] Setiap tahun, Akademi Sweden memutuskan siapa yang bakal menerima hadiah ini dan mengumumkan pemenangnya pada awal Oktober.[4]

Tatacara pencalonan

Pengumuman Hadiah Nobel dalam Kesusasteraan di Akademi Sweden, Stockholm (2008)

Setiap tahun, Akademi Sweden menghantar borang permintaan pencalonan untuk Hadiah Nobel dalam Kesusasteraan. Kesemua ahli-ahli Akademi, ahli-ahli akademi dan persatuan kesusasteraan, profesor-profesor kesusasteraan dan bahasa, bekas pemenang Hadiah Nobel dalam kesusasteraan, dan presiden-presiden pertubuhan penulis dibenarkan menamakan seorang calon kecuali diri sendiri.[5]

Beribu-ribu borang permintaan dihantar setiap tahun, memulangkan kira-kira 50 cadangan. Cadangan ini mesti diterima oleh Akademi sebelum 1 Februari, selepas itu dikaji oleh Jawatankuasa Nobel. Pada April, senarai pencalonan dikurangkan kepada kira-kira 20 calon, dan pada musim panas dikurangkan kepada lima calon sahaja. Pada bulan-bulan berikutnya, dijalankan usaha mengkaji karya-karya calon yang layak tersebut. Pada Oktober, tiba masanya ahli-ahli Akademi mengundi, dan calon yang meraih lebih separuh undian dinamakan pemenang Hadiah Nobel dalam Kesusasteraan. Proses pemilihan undian ini tak banyak bezanya dengan Hadiah-Hadiah Nobel yang lain.[6]

Sejak julung kali dianugerahkan, hadiah wang tunainya sering berubah-ubah dan kini berada pada nilai 10 juta krona Sweden.[7] Pemenangnya juga menerima sebutir pingat emas dan diploma Nobel serta diundang untuk bersyarah di "Minggu Nobel" di Stockholm; acara kemuncaknya ialah upacara penyampaian hadiah dan majlis jamuan pada 10 Disember.[8]

Senarai penerima

Rujukan

  1. ^ "Nobel Prize amount is raised by SEK 1 million". Nobelprize.org.
  2. ^ "The Nobel Prize in Literature". nobelprize.org. Dicapai pada 2007-10-13.
  3. ^ John Sutherland (13 Oktober 2007). "Ink and Spit". Guardian Unlimited Books. The Guardian. Dicapai pada 13 Oktober 2007.
  4. ^ "The Nobel Prize in Literature". Akademi Sweden. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-02-01. Dicapai pada 13 Oktober 2007.
  5. ^ "Nomination for the Nobel Prize in Literature". nobelprize.org. Dicapai pada 13 Oktober 2007.
  6. ^ "Nomination and Selection of the Nobel Laureates in Literature". nobelprize.org. Dicapai pada 13 Oktober 2007.
  7. ^ "The Nobel Prize Amount". nobelprize.org. Dicapai pada 13 Oktober 2007.
  8. ^ "The Nobel Prize Award Ceremonies". nobelprize.org. Dicapai pada 13 Oktober 2007.

Pautan luar

  • The Nobel Prize Medal for Literature – Official webpage of the Nobel Foundation.
  • Graphics: National Literature Nobel Prize shares 1901–2009 by citizenship at the time of the award and by country of birth. From J. Schmidhuber (2010), Evolution of National Nobel Prize Shares in the 20th Century at arXiv:1009.2634v1
  • What the Nobel Laureates Receive – Featured link in "The Nobel Prize Award Ceremonies" on the official site of the Nobel Foundation.
  • "The rise of the Prize" – Article by Nilanjana Roy dealing with the history of the award by decade, from the 1900s to the 2000s.
  • Alternative Nobel literature prize planned in Sweden
  • l
  • b
  • s
Hadiah Nobel
Hadiah
Pemenang
mengikut subjek
mengikut kriteria
  • Negara
  • Penggabungan universiti
  • Wanita
  • Hitam
  • Kristian
  • Cina
  • India
  • Muslim
  • Jepun
  • Yahudi
mengikut tahun
  • Mengikut tahun
Jawatankuasa dan
pertubuhan
Topik berkaitan
  • Kontroversi
  • Hadiah lain
  • Alfred Nobel
  • Sidang Kemuncak Penerima Keamanan Nobel
1 Hadiah Peringatan Nobel (bukan salah satu Hadiah Nobel yang asli).
  • l
  • b
  • s
Penerima Hadiah Nobel dalam Kesusasteraan
1901–1925
1926–1950
1951–1975
1976–2000
2001–kini