Surah Al-Ahqaaf

Sebahagian daripada siri berkaitan
Islam
Pegangan
  • Rukun Iman
  • Tauhid (Keesaan Tuhan)
  • Malaikat
  • Kitab
  • Nabi
  • Hari Akhirat
  • Qada dan Qadar

  • Rukun Islam
  • Pengakuan keimanan
  • Mendirikan sembahyang
  • Menunaikan zakat
  • Berpuasa di bulan ramadan
  • Melaksanakan haji jika mampu

  • Ahli Sunah
    • Asya'irah
    • Maturidiyah
    • Salafi
    • Wahabi
  • Syiah
Sumber
  • Al-Quran dan Hadis
  • Ikon portal Portal Islam
  • l
  • b
  • s

Surah Al-Ahqaf (Arab: سورة الأحقافcode: ar is deprecated ) adalah surah ke-46 dalam al-Quran. Surah ini tergolong surah Makkiyah yang terdiri atas 35 ayat. Dinamakan al-Ahqaf yang bererti Bukit-Bukit Pasir diambil dari kata al-Ahqaf yang terdapat pada ayat ke-21 surah ini. Dalam ayat tersebut dan ayat-ayat sesudahnya diterangkan bahwa Nabi Hud telah menyampaikan risalahnya kepada kaumnya di al-Ahqaf yang sekarang dikenal dengan ar-Rab'ul Khali, tetapi kaumnya tetap ingkar sekalipun mereka telah diberi peringatan pula oleh rasul-rasul yang sebelumnya. Hingga akhirnya Allah menghancurkan mereka dengan tiupan angin kencang. Hal ini adalah sebagai isyarat dari Allah kepada kaum musyrikin Quraisy bahawa mereka akan dihancurkan bila mereka tidak mengendahkan seruan Rasul.

Isi kandungan

Keimanan

  • Dalil-dalil dan bukti keesaan Allah dan bahawa penyembah-penyembah berhala adalah sesat
  • Orang-orang mukmin akan mendapat kebahagiaan dan orang-orang kafir akan diazab
  • Risalah Nabi Muhammad SAW tidak hanya terbatas kepada umat manusia saja, tetapi juga kepada jin

Hukum-hukum

  • Perintah kepada manusia supaya patuh kepada ibu-bapa, memuliakannya dan mengerjakan apa yang diredai Allah terhadapnya dan larangan menyakiti hatinya.

Kisah-kisah

  • Kisah Nabi Hud a.s. dan kaumnya

Lain-lain

  • Orang yang mementingkan kenikmatan hidup duniawi saja akan merugi kelak di akhirat
  • Orang-orang yang beriman kepada Allah dan beristiqamah dalam kehidupannya tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan mereka tidak bersedih hati

Pautan Luar

Dengar bacaan di sini

  • l
  • b
  • s
Surah-surah dalam Al Quran (القــرآن الكـــريم)


Surah Sebelumnya:
Surah Al-Jatsiyah
Al Quran (القــرآن الكـــريم) Surah Berikutnya:
Surah Muhammad
Surah 46